Sunday, July 12, 2009

Turkey, Bulgaria dan Republik Macedonia Siri 3 (Turkey)

AMARAN: POST INI SANGAT PANJANG DAN AKU MALAS NAK RUMUSKAN. BUKAN NAK PERIKSA BAHASA MELAYU NAK RUMUSKAN. JADI, JANGAN BACA SAMBIL MAKAN KALAU TAK NAK TERCEKIK.

SKI RESORT DI BURSA, PENGGILAP KASUT SI PENIPU DAN BERTOLAK KE GREECE


1st sem break travelling collage

Malam itu kami tidur di musolla tempat kanak-kanak menghafal al-Quran, iaitu di tingkat atas madrasah tahfiz kerana budak-budak sudah kembali ke madrasah setelah cuti hujung minggu. Sebab kepenatan, janji kami mahu solat subuh di Masjid Ismail Aga (baca: Ismail Agha) tidak kesampaian. Subuh gajah maa! Segan gila, subuh gajah di madrasah tahfiz. Hahaha.

SDC14285
tempat tidur budak-budak "sekolah pondok" umur 6-12 tahun di Fatih

SDC14307
Hady selebriti doe. Jangan main-main

SDC14310
Rozaili pun nak jugak. Aku pergi nyorok dalam tandas tak nak bagi budak-budak buat aku jadi selebriti. Eh, tipu je.

SDC14289
lorong depan Madrasah Tahfiz. Nampak perempuan berjilbab hitam?

Setelah menggajahkan subuh itu, kami pergi makan pagi bersama orang-orang besar institusi tahfiz ini. Sebenarnya, mereka mempunyai rangkaian yang lebih besar dan luas berbanding sekolah untuk kanak-kanak. Masa ini, ada seorang ustaz yang fasih berbahasa Arab, yang aku lupa namanya, kelihatan sedikit aneh berbanding ustaz-ustaz lain. Dia bertubi-tubi menyoal kami soalan-soalan yang menunjukkan dia curiga dengan kami. Oh, reaksi mukanya agak menggerunkan. Siapa imam aqidah kami. Sememangnya di Malaysia ini pakaian rasmi? (kami pakai rileks2 je la. Jeans, sweater. Depa pakai macam orang zaman Turki Uthmaniyyah). Ada dua tiga orang ustaz menegur dia, aku agak. Aku tak boleh nak konfemkan sebab depa cakap Turki. Aku reti Nesil sen, Nerede Otogar, kac saat, ism san?, cikai-cikat saja.

Tapi, kami pun tidak boleh menyalahkan dia seratus peratus kerana keadaan mereka agak tidak stabil dengan kerajaan. Tidak berapa lama dahulu, syeikh mereka, guru kepada Syeikh Mahmood Effendi (syeikh sekarang), yang aku lupa namanya, mati dibunuh di Masjid Ismail Agha.

Dalam tengahari, aku bertolak. Pergi ke Bursa, atau lebih tepat ialah tujuan kami Uludag (Ulu=Great, Dag=Mountain. Jadi, Great Mountain. Tapi, orang putih pergi bantai Uludag Mountain. Berapa banyak kali "mountain" daaa!). Di Bursa, Yusuf, kenalan 'Adil, berwarganegara Jordan menanti kami. Kawan kepada kawan yang baru dikenali. Dari Yusuf, kami mengetahui, 'Adil merupakan Imam masjid.

Kami menaiki bas dari (otob├╝s baca; otobius) Istanbul ke Bursa dengan bas perlu merentasi Laut Marmara. Dengan itu, bas naik feri. (boleh je taknak, pusing jauh maa!). Tiba di Bursa, sudah malam. Ingatkan dia menunggu di stesen bas, tetapi, dia meminta kami naik bas di nombor sekian sekian. Aku sudah lupa. Nyaris aku tersilap naik bas sebab tersilap menerima maklumat. Sudahlah tak tahu berbahasa Turki. Malam-malam susah dapat bas. aiyo. Akhirnya, kami tiba juga di Universiti Bursa.

Leaving
banyak burung. merentasi laut Marmara

Ketika ini, telefon bikin masalah. Dia tak hubungi kami buat masa yang lama. Juga, kami tak dapat menelefonnya. Tak ada kredit. Pergi beli kredit, kredit tak masuk-masuk walau setengah jam menunggu. (sistem yang digunakan, tulis nombor dan beri pada kedai). Habis semua orang di stesen bas universiti itu kami tanya, ko ni Yusuf ke? Oh, jangan tanya soalan bodoh kami tanya perempuan tak. Tapi, dalam masa yang sama, kami bertanya siapa boleh berbahasa Inggeris untuk menyelesaikan masalah kredit telefon kami ini. Sudahlah nak beli kredit pun habis pusing tanya orang untuk terjemah. Kredit tak masuk pun kena cari orang lagi.

Akhirnya,dengan bantuan minah Bulgaria, betullah sangkaan aku, pakcik kedai silap baca nombor yang ditulis kawan aku (tak ingat sapa-mamat ni tulis lain, pakcik tu enter nombor lain). Harem! Bila sudah berjumpa mamat Yussuf ni, rasa macam jumpa orang kampung. Haha, gelabah gila. Dia cuba adjust untuk kami tidur di dalam hostel. Mulanya, pak guard mahu memberikan ruang kepada kami, kerana kami tetamu, tetapi, orang atasan tak bagi. Erm, kena cari hotel jugalah.

Seterusnya, sebelum pergi mencari hotel, Yusuf ajak kami berjalan (lebih kepada paksa sebenarnya. haha) ke mall cari kamera. Jumpa Muhammad 'Akif, kawan berbangsa Turki, pelajar medic tahun 6 yang menawarkan tempat tidur di rumahnya. Tapi, atas nasihat Yusuf, tak payahlah, adik beradik dia ramai sangat.

Jumpa hotel yang agak murah, tetapi, di "kawasan orang tua" dan agak klasik, belakang universiti. Esok pagi, kami berjumpa di universitinya. Jumpa lagi dua orang kawan Yussuf. Dibawa pusing universitinya. Lawa dan tenang. Jelas kelihatan Uludag dari universiti itu. Uludag merupakan sumber air utama bagi Bursa, yang suatu ketika dahulu menjadi pusat pemerintahan Turki Uthmaniyyah sebelum berpindah ke Istanbul. Terus, kami dibawa makan di kafe universitinya.

Kemudiannya, kami mengikut Yusuf untuk melihat markah peperiksaan akhirnya (dia nak balik Jordan hari yang sama) sebelum dipanggil berjumpa dengan Dekannya dan bersembang. Mamat Dr. ni tahu bahasa Melayu sikit-sikit. Ramai kawan orang Malaysia masa dia belajar dulu-dulu. Ingatkan mahu bermain ski pada hari yang sama, tapi, sudah lambat kata depa. Esok sajalah. Hari itu, kami pergi pusing-pusing bandar Bursa. Mana-mana entah berjalan. Petang itu, aku dapat lihat, betapa fanatik depa dengan bola sepak depa. Tapi, takpalah kan, nak buat macam mana, depa punya bola sepak terer. Balik aku search internet saja cari maklumat untuk perjalanan seterusnya dan pada masa yang sama sempat aku tulis post ini, di samping menelefon mak aku. Kena bagitahu orang tua pergerakan kita, jangan bagi depa risau.



Hari ke-8


Esok, ke Uludag. Pengalaman pertama menghadapi salji. Dalam perjalanan, nampak sikit-sikit salji, jakunlah juga. Bila sampai ke puncak, eleh, camni je salji rupanya. Biasa je. Sewa iceskatting, main. Mak aku pesan, belajarlah dulu kalau nak main, jangan main je. Tapi, aku nak cari orang nak ajar, tak tahu sapa. Tengok budak-budak kecik belajar adalah. Susah ah main mula-mula. Asyik jatuh saja. Tak tahu macam mana nak berhenti. Ada juga aku langgar orang sekali.

SDC14438
mula-mula nampak yang ni, semua jakun.

SDC14445
on the way

SDC14444
nampak yang ni dah rasa besa dah. nanti seganlah jakun-jakun. ka camna?

Tapi, bahagian paling syok, sebab aku penat jatuh, aku duk lepak celah-celah pokok tepi tempat laluan tak payah pakai stick. Makan-makan ais situ sebab dahaga (aku tengok orang buat, aku tirulah), datang minah cun tegur tanya nak tolong ka? Aku kata tak dak masalah. Pastu, datang pula budak kecil perempuan pakai sut pink dalam 6, 7 tahun kot, terer bukan main, cakap menda entah, macam menganjing sama aku. Nasib aku tak faham. Haha. Mesti dia kata, hoi, malulah ko, dah besaq, tak reti-reti lagi. Geram nak cubit pipi dia. Nasib baik kau comel, budak! Kalau janggut panjang macam Hady, haaa! haha

Go and forth are not the same. Sometimes, it brings loneliness.
Uludag, Bursa, Turkey

SDC14524
budak tu kot tak silap aku menganjing sama aku. hehe.


SDC14461
penat, sakit asyik jatuh

Akhirnya, aku dapat kesan apa yang aku perlu buat. Aku tak tahu berhenti, jadi aku rasa, kunci nak main benda ni kena tahu cara berhenti dulu. Terus berlatih dua tiga kali, dapat. Haa, baru syok. Tapi, aku tengok, Rozaili dah lama terer. Siot. Atip dengan Hady dah lama berhenti. Baru ja reti main, sedar-sedar dah lewat. Dah nak masuk maghrib. Ini tak syok musim sejuk, aktiviti terhad. Pukul 4.40 dah maghrib.

Jadi, kami berhenti dan berkejar mencari masjid. Pusing-pusing, dalam salji lebat turun, nampak masjid bawah bukit. Alamak, jauhnya. Sebab takut terlepas zohor dan asar, aku buat keputusan solat atas salji. Wudhu' dengan salji. Pi jauh dari orang sikit, solat. Tak berlapik apapun. Haha. Nasib tak dak orang nak tangkap gambaq. Haiyoh!

SDC14497
kesan tapak kaki solat atas salji sebab leka sangat. haha

SDC14556
air paip yang boleh diminum di mana-mana saja di Bursa. Sumber air untuk paip itu di belakang kami saja, Uludag

Malam itu, kami terus bergerak ke stesen bas Bursa untuk bertolak ke Istanbul. Entah sempat ataupun tidak, aku tak pasti. Tapi, penjimatan masa adalah perlu dengan cuti kami yang pendek ini. Setibanya di sana, alhamdulillah mendapat pertolongan orang Turki yang baik hati mencarikan kami tiket ke Istanbul. Sebenarnya, perjalanan Istanbul-Bursa tidak banyak masalah kerna setiap jam, akan ada bas ke Bursa. Ini adalah kerana Bursa merupakan bandar kedua terbesar, tetapi, jika lewat malam, itu masalah. Tetapi, kami telah tiba sangat lewat. Namun, alhamdulillah, dapat tiket terakhir, pukul 12 malam kalau tak silap. Jumpa pelajar Melayu Malaysia di Mesir. Ramai lagi sebenarnya orang Malaysia yang kami jumpa, di Uludag, di hotel tempat kami tinggal (Istanbul), dan Topkapi Palace. Destinasi pilihan orang Malaysia di rantau ini, mungkin.
SDC14542
depa bantai tidoq. tinggal aku saja tak tidoq

SDC14525
balik dari Uludag
Naik bas, perjalanan, alhamdulillah lancar dan kami tidak sedarkan diri berdengkur sehingga tiba di Otogar (Stesen bas) Istanbul. Terlalu awal pagi. Pukul 4 kalau tak silap. Oh, ini musim sejuk, siang lambat. Orang tak keluar rumah. Tak dak sapa-sapa. Kami yang penat mencari tempat tidur. Bangunan kompleks utama stesen bas kunci. Tidur di kawasan laluan orang, bahaya. Duit banyak dalam poket. Jadi apa-apa, cari pasal. Mencuba nasib di masjid stesen bas. Tutup, kata pak cik jaga. Tak apa, kami nak masuk tandas, alasan diberikan. Tapi, kerana kami berlegar terlampau lama mungkin, dihalaunya kami. Semua bengang. Pusing lagi sehingga nampak ada satu pejabat bas diluar bangunan kompleks buka. Mencuba nasib dan dia bagi. Tidur atas kerusi panjang. Tidur-tidur ayam sajor.


PENGGILAP KASUT DAN BERTOLAK KE GREECE

Hari ke-9


Orang azan subuh, terus solat dan bertolak ke stesen keretapi Istanbul. Maklumat yang dikutip dari internet sudah tak berguna lagi. Kami baru saja terlepas keretapi. Setibanya di sana, kami meminta untuk membeli tiket ke Athens. Tiket dapat juga dibeli, alhamdulillah ada keretapi dalam masa tiga jam lagi.

Oh, dalam masa menunggu, Rozaili ditipu oleh penggilap kasut buat kali kedua di Istanbul. Haha. Trick gila. Mamat penggilap kasut itu, katakan bergerak ke arah selatan, dia berjalan sebelah Rozaili dan berus kasut dia jatuh. Rozaili yang baik hati pun angkat dan bagi pada dia. Aku beberapa meter dari Rozaili saja dan tunjuk tanda bagus pada mamat tu. Dia pun cakap terima kasih dan nak hadiahkan gilap kasut Roz. (Kasut Roz kasut sukan. hahaha, gilap mendenye?)

Kami tak dapat nak kesan lagi, kemudian lepas dia cuci, dia minta bayaran. Aik? Bangang. Aku pun tak ingat berapa Rozaili bayar. Nasib baik sempat aku tangkap gambar berharga yang mulanya aku ingatkan boleh buat teladan, tolonglah orang, nanti orang tolong kita. Tapi, bertukar kepada, jangan percaya penggilap kasut di Turkey. Haha. Perkara tak boleh blahnya, ialah, bila Roz sudah bayar, dia bergerak ke arah bertentangan dari arah pertamanya tadi. Nampak sangat menipu.

Ini bukan kali pertama ditipu oleh penggilap kasut, tapi kali kedua iaitu kali pertama malam pertama menginap di hostel atas tanggungan sendiri. Masa itu, kami berdua berjalan-jalan di kawasan Sultanahmet sebelum ada seorang mamat penggilap kasut belasan tahun minta duit Malaysia. Dia buat koleksi, katanya. Aku pun terfikir, haa, aku ada beberapa ringgit dalam dompet (buat apa aku simpan dalam dompet pun aku tak pasti), terus aku bagi. Not RM1 dua keping kot. Kemudian, dia kata nak bagi hadiah. Gilap kasut sikit, tapi, sebab aku pakai kasut Vans kanvas, dia kata tak boleh. Dia gilap kasut Rozaili dan minta bayaran. Dia kata, gilap free, yang kena bayar, letak wax. Haha. Lepas tu, minta berapa belas YTL aku tak ingat. (1 YTL=RM 2.50). Kitorang bengang dan bergaduh. Kami bagi 3 YTL dia tak nak. Lepas tu, dia bagi balik not RM aku bagi. Aku bosan dan suruh Roz bagi 5 YTL. Kami terus blah balik hostel bengang. Ingatkan sekali saja ditipu, rupanya ada kali kedua. Haha, sedih betul Rozaili.

SDC14598
luar stesen keretapi Istanbul

SDC14582
dari dalam tempat lepak-lepak

SDC14599
rozaili kena tipu buat kali kedua dengan orang cuci kasut ni.kena tipu in action. Perhati elok-elok, Roz nampak hepi cakap dengan mamat tu.

Naik keretapi, hati dah hepi. Destinasi seterusnya, Greece! Itu matlamat kami. Perancangan sudah rapi. Keretapi meluncur sepoi-sepoi bahasa, kalah dengan KTM di Malaysia. Orang tak ada sangat. Dua tiga orang saja. Kami menikmati pemandangan "countryside" Turkey sehinggalah ketika melintasi Tekirdan, Kirklaereli dan Edirne.

SDC14667
antara pemandangan countryside Turkey di Edirne

SDC14639
ehem2x!

Kemudiannya, kami melintasi sempadan Turkey dan Greece yang mana dipisahkan oleh sebatang sungai melalui pintu masuk Uzunkopru di bahagian Turkey dan di Greece, aku tak pasti. Pertukaran bendera berlaku di jambatan sungguh "cool" dan kami gembira sehinggalah...

SDC14488
macho beb! hidung tajam camtu

SDC14336
on the way ke Bursa

SDC14411
Bursa, Turkiye

SDC14656
Uzunkopru, Edirne, Turkey

SDC14675
kerja gila tangkap gambar ni. ada askar. nasib tak kena tembak.

old house at Greece
rumah buruk di sempadan Greece


Bersambung di siri 4! Nantikan