Monday, January 26, 2009

Jordan Cuti Aidiladha 1429 H

InsyaAllah, gambar-gambar akan diupload dan ditambah dari semasa ke semasa.

Jelajah Jordan Colleague


Cuti Hari Raya Aidiladha 1429 H telah pun tiba. Memandangkan di Jordan ni tiada sambutan Deepavali, Gong Xi Fat Choi ke ape ke sangat, jadi, cuti raya haji mendapat kuota yang agak besar aku kira, ditambah dengan dua kali sabtu dan ahad sebagai cuti hujung minggu, cuti kami pada kali ini sepanjang 9 hari. Ok. Sangat lama bagi pelajar-pelajar Malaysia di Jordan Uni of Science and Tech, Jordan. Kalau tidak secara literalnya, secara relatifnya sudah pasti.

Pada mulanya, aku merancang untuk ke Mesir memandangkan tempoh masa agak sesuai. Namun, akibat kerenah bilo-nak-kasi oleh masyarakat Arab Jordan ni dalam melakukan kerja, harapanlah nampaknya! Visa tidak juga siap-siap lagi walaupun dua bulan tempoh masa berlalu.

Jadi, sebagai galang ganti, aku pun merancang untuk mengenali Jordan. Plan punya plan, pada mulanya ingatkan nak buat trip berlainan daripada kumpulan yang diuruskan Atip. Tapi, dah lambat sangat nak plan, akhirnya, jadi macam lebih kurang saja. Jadi, aku dan Muhammad memutuskan untuk menyertai budak2 beramai-ramai berjalan.

12 Oktober 2008
Jumaat
8.00 pagi


Ramai-ramai bergambar di Mujamma' [Stesen] Amman Jadid [Baru]

Semua telah siap sedia ingin bertolak dari rumah. Naik teksi ke Mujamma' Amman Jadid. Mencari coaster untuk ke Amman, mengambil sepupu Hady, Fit dan rakan-rakan dari Mesir. Cari punya cari, akhirnya berkat kefasihan Shemi, dia dapat adjust dengan pakcik coaster untuk menempah satu coaster terus, menuju ke Queen Alia International Airport, Laut Mati dan Aqaba. Itulah perjanjian kitorang dengan pak cik itu mulanya.


Coaster bergerak menuju ke Laut Mati dari Lapangan Terbang melalui Madaba untuk solat Jumaat. Perjalanan memakan masa agak lama melalui Madaba berbanding dengan hanya terus dari Amman yang hanya akan memakan masa 30 minit. Namun, bagi budak-budak jakun macam kami, perjalanan lebih mengujakan kerana kami buat pertama kalinya dapat melihat padang pasir dalam erti kata yang sebenar.

An isolated bungalow in the desert of nowhere
Rumah ini terletak di tengah-tengah padang pasir di dari Madaba ke Laut Mati. Aku pun tak dapat bayangkan macam manalah hidup tuan rumah ini. Haih.

Setibanya di Laut Mati, kumpulan kanak-kanak riang tadi pun terus teruja akan keajaiban alam semesta yang sesuka hati menunjukkan otai dapat mengapungkan Luqman. Jadi kepada Mursyid yang sedang risau adakah dia akan terapung, janganlah engkau dan juga anda di luar sana ragu-ragu akan kemampuan dan ke'otai'an Laut Mati ni. Laut Mati, jika mengikut sejarah Islam, merupakan akibat perbuatan terkutuk mengamalkan seks songsang kaum Sadum, iaitu kaum Nabi Lut.

Dead Sea Colleague, Jordan
1-Aku terapung di Laut Mati. Mampuslah gambar blur, dah nak buat macam mana, dah tak ada gambar aku yang ok. Haih, kesian betul kameraman macam aku ni. 2&3-Kanak-kanak riang perasan kiut. Blah. Haha. 4- Aku berlumur selut Laut Mati dan garam laut mati yang keras macam batu. Elok untuk kesihatan kulit.

Perjalanan ke Laut Mati agak pelik sedikit kerana sepatutnya semakin tinggi kedudukan dari paras laut, semakin sejuk. Namun, sebaliknya berlaku, suhu terasa semakin membahang dan merimaskan walaupun keadaan di Jordan sekarang agak sejuk.

Laut Mati ni terletak di antara Jordan dan Palestin [Israel], jadi semenanjung Israel dapat dilihat dari Laut Mati ni, malah, belum apa-apa lagi, Orange me'roaming' telefon bimbit aku ke Israel, apa-apa lah Orange. Laut Mati merupakan kawasan yang paling rendah di dunia, dengan lautnya 420 meter di bawah paras laut dan mempunyai kedalaman 380 m (1247 kaki). Laut Mati mempunyai kepanjangan sepanjang 67 km dan 18 km lebar pada titik yang paling lebar. Penyumbang utama kepada laut ini ialah Jordan River.

Laut Mati mempunyai kepekatan garam yang sangat tinggi dengan 33.7% salinity [maaf, aku belajar kimia dalam bahasa Inggeris, jadi tak tahu lah perkataannya dalam Bahasa Ibunda] dan merupakan 8.6 kali lebih masin dari lautan biasa. Itulah yang buat badan kami habis pedih-pedih dan gatal memerah kalau ada luka-luka. Fuh, sangat masin dan memedihkan. Kemasinan yang tinggi membuatkan hidupan tidak dapat tumbuh dan hidup. Jadi, cuba bayangkan apa yang akan berlaku jika air itu masuk ke dalam mata aku? Hahah. Ini bukan lawak antarabangsa walaupun latarnya bersifat amat universal, tetapi itulah yang berlaku. Masuk ke dalam mulut pun dah rasa macam hipertonik dan kering bibir aku, ini pula masuk ke dalam mata. Kelam kabut aku keluar untuk cari air nak siram mata ni.



Namun, aku tak serik. Jangan menyerah kalah kata orang tua-tua, bukan? Haha. Kami memang sangat teruja kejakunan untuk membuat gaya pelik-pelik di atas permukaan air yang ajaib itu. Namun, dalam keseronokan bereksperimentasi dengan keajaiban air itu, perlulah diingat, itulah yang akan terjadi jika laknat Allah menimpa. Namun, sayangnya, kami langsung sudah tidak ingat dunia. Hahah. Budak-budak.
Justify Full
Kemudian, aku nak ambil la cendera hati asli secara percuma. Garam asli yang berketul-ketul macam batu. Tapi, sayang seribu kali sayang. Nak sayang lebih dari tuh pun, sia-sia. Cissey, terlupa nak ambil masa nak balik. Huh sungguh.

Seterusnya, kami bertolak ke Aqaba, tanah yang bersempadan dengan Laut Merah, hanya satu-satunya laut yang wujud di Jordan selain Laut Mati. Kalau kita buka balik kisah para anbiya', Laut ni lah yang terbelah semasa Nabi Musa melarikan diri dari Firaun. Cuma, aku tak pasti di titik mana laut ini terbelah. Mungkin di Mesir kerana Nabi Musa berasal dari Mesir. Aqaba ni agaklah cantik bagi orang yang tak pernah pergi ke pantai-pantai negara tropika. Dan, ianya agak bersih. Aku kira, ianya lebih bersih dari Amman, serta tidak berdebu. Mungkin sebab bayu laut yang membersihkannya dari debu-debu yang menyelubungi Jordan.

Kami menginap di Moon Beach Hotel pada malam tersebut. Malam tu, kitorang jalan-jalan di pesisir pantai dia. Haha, jakun pantai beb. [walaupun aku orang Kelantan]. Dah, nak buat macam mana, duk asyik tengok pasir je. Cissey. Malam itu, aku, Hilmi, Dziya, Muhammad dan Azri berjalan-jalan dan lepak kat kedai yang betul-betul tepi laut. Kalau terbalik kerusi dia, masuk dalam air lah jawabnya. Lepak sampai pukul 3 pagi lebih-lebih. Ok, diberitahu di sini yang subuh masuk pukul 4.30 pagi. Masa jalan-jalan tuh, kami terkejut jumpa unta buat kali pertama depan mata. Haha, memang jakun habis lah soalan yang keluar. "Unta tu serang ke tak kalau kena flash lah" apa lah. Haha, sampai aku nak bergambar dengan unta yang comel tu pun cuak. Aku bagitahu Muhamad, "Eh mad, kalau unta tuh gerak ke serang aku ke, gitau k?". Hahah. Pandai betul soalan. Ingat unta tu macam babi hutan ke?

Seterusnya, kami pulang ke bilik hotel dan tidur.

13 Oktober 2008


Aksi melampau. Gosok gigi depan televisyen. Jangan tiru aksi ini di dalam bilik darjah.

Hari tersebut sangat-sangat ditunggu oleh aku. Pertama kali snorkelling. Tapi, hanya tiga orang dari kami sahaja yang ber"snorkelling", iaitu, aku, Hilmi dan Azri. Caj sewa peralatan snorkelling, 10 JD. Untuk tambang, tambah 3 JD. Ini adalah kali pertama aku melihat hidupan dunia di bawah sana. Agak kelam-kabut jugalah untuk 30 minit pertama untuk menyesuaikan diri dengan cara pernafasan yang betul. Azri dan Hilmi memang tiada masalah kerana mereka ada pengalaman dalam snorkelling ini. Snorkelling memang syok betullah. Tambahan, air laut di sini sangat jernih dan membiru. Oh, dan banyak batu pada dasar pesisir pantai. Sakit kaki memijaknya.

Sedang kami snorkelling, rakan-rakan yang lain mengelilingi bandar Aqaba dan menaiki glass boat mengelilingi kawasan perairan pesisir pantai Aqaba. Yang pasti, apa yang lebih bermakna kepada kami semua pada hari itu ialah, kami dapat melihat secara langsung tanah suci Palestin yang diduduki secara haram dan dibangunkan secara haram menjadi negara haram Israel. Cumanya, bandar apa yang kami nampak, aku tak pasti.


12.00 tengahari

Kami sudah terlambat sebenarnya. Rakan-rakan telah menelefon beberapa kali. Pulang cepat ke hotel! Dah lambat nak pergi Wadi Rum! Itu slogan mereka. Haha. Kami terkocoh-kocoh pulang sehinggakan telefon bimbit Azri tertinggal. Syukurlah pakcik Ahmad, tuan kedai tempat kami menyewa peralatan snorkelling itu baik hati. Oh, perlu juga untuk dicerita, memandangkan kami sudah terlambat, pemandu Pak Cik Ahmad meninggalkan kami di seberang jalan hotel kami. Engkau orang pernah lihat atau tidak, tiga orang lelaki muda berlari-lari menyeberang jalan, yang mana salah seorangnya, memakai kaca mata hitam, t-shirt dan TUALA! Haha. Manakala, seorang lagi, berlari-lari sambil menyarungkan dua pelampung besar berwarna oren dan kuning di tangannya sambil membimbit pakaian basah, merentasi jalan dan sebilangan kedai makan. Azri sang bertuala dan aku sang berpelampung buat bodoh dan tak tahu sajalah walaupun aku sedar banyak mata memandang. Huhu. Memang tak boleh lupa. Kemudian, kami bersiap dan solat zohor.

Selesai solat zohor, kami bergerak Wadi Rum. Perjalanan ke Wadi Rum memakan masa lebih kurang 2 jam. Wadi Rum, mendapat nama dari bahasa Aramaic, yang mana perkataan Rum itu bermaksud "tinggi" ataupun "dinaikkan". Wadi Rum yang mempunyai sejarah yang panjang ini, merupakan padang pasir yang sangat indah sekali. Di Barat, ianya sangat dikenali dengan mempunyai hubungan dengan T.E Lawrence, yang menjadikan Wadi Rum sebagai pusat operasinya ketika Revolusi Arab 1917-1918.

SDC11948
Pakcik-pakcik pickup menunggu mangsa.

SDC11953
Sebuah coaster di jalan utama di Wadi Rum. [Gambar ini blur. Aku suka. Haha. Tak malu bangga dengan gambar sendiri. ;p]

Wadi Rum merupakan lokasi yang sangat sesuai untuk melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti trekking, mendaki bukit [hiking], berkhemah, menunggang kuda Arab dan rock-climbing. Namun, pada trip ini, kami hanya menaiki pick-up selama 2 jam sahaja memandangkan masa agak yang ada agak suntuk. Pickup tersebut sebenarnya dapat memuatkan 8 orang dengan selesa, namun, Arab yang menjaga kaunter membenarkan hanya 6 orang sahaja satu pickup. Nasib baik, pak cik pemandu bas baik hati membantu kami dalam proses tawar-menawar. Harga satu pickup untuk tempoh masa 2 jam? 35 JD. Belum ditambah tiket masuk ke Pusat Pelancong Wadi Rum yang mengenakan harga 1 JD. Sungguh, Wadi Rum merupakan tempat yang sangat menarik. Bukti? Lihat gambar-gambar di bawah ini. Cuaca di Wadi Rum pada ketika itu agak sejuk dan jauh berbeza dengan Aqaba yang mempunyai cuaca yang sangat menyenangkan walaupun jarak perjalanan hanya 2 jam.

Wadi Rum Collage

Wadi Rum, Jordan Collage
Gambar kanan atas, gambar paling busuk yang ada dalam arkib. Itulah yang berlaku pabila kita mengkhianati hukum bergambar melompat. Luqman ditimpa Azri, dan aku ditimpa Luqman dan Azri, rebah bergolek-golek. Nasib baik kamera selamat. Heh

SDC12019


A Tent in Wadi Rum, Jordan
Sebuah khemah di Wadi Rum

A Human Face-Like Mountain at Wadi Rum, Jordan
Ada muka orang beb.

Day Dreaming at Wadi Rum, Jordan.
Secara seriusnya, janganlah tiru aksi ini di atas jalan raya depan rumah anda.


Setelah 2 jam berada di Wadi Rum, kami bergerak menuju Wadi Musa, daerah di mana Kota Purba Petra terletak. Cuaca agak sejuk. Pabila kami sampai, semuanya dalam keadaan kebuluran. Haha. Rasa macam nak mati kelaparan di kala kesejukan. Makanan di Petra memang sangat-sangat mahal jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain yang pernah saya kunjungi di Jordan. Alah, kalau nak banding dengan Malaysia, huh, jauh beza. Memang semua ahli bilik hotel aku malam itu kecewa dan tiada mood, memandangkan makanan hampeh [eh, tak baik kan kata makanan macam tu?] dan harga yang melambung. Dah la ayam dia tulis dalam menu Nus Dajaj [Ayam separuh], tapi, yang disediakan hanyalah suku sahaja. Sejuk pula tu! Harga? Tak payah sebut!
Wadi Rum, Jordan
Main pasir di Wadi Rum. Kalau kecil-kecil dulu mesti kena marah. ;p

Namun, apa-apa pun, setelah selesai makan, kami bersyukur jugalah, paling kurang, adalah juga makanan, bukan? Kemudian, kami berjalan-jalan sebentar mengelilingi Wadi Musa. Kenapa diberikan nama Wadi Musa sebenarnya? Menurut pak cik kedai runcit yang aku tanya, dia menyebut, ini kerana adanya Musa Spring di puncak bukit Wadi Musa ini. Mata air yang terbit adalah hasil daripada pukulan tongkat oleh Nabi Musa A.S yang ketika itu melalui kawasan ini dan melihat sekumpulan manusia yang memerlukan sumber air. Terus, nama Wadi Musa melekat ke dalam peta hari ini.

Malam tersebut, kami tidur di Petra Moon Hotel. Aih, kenapalah nama Moon lagi, ya? [rujuk kembali hotel yang kami menginap di Aqaba.

14 Oktober 2008
7.00 pagi


Pagi-pagi lagi kami terus bergerak ke Kota Purba Petra, salah satu keajaiban dunia yang baru sahaja memasuki senarai 7 Wonders pada 07/07/07 yang lepas. Dekat sahaja jarak Petra dari hotel kami, bahkan kalau berjalan kaki pun mungkin tak sampai 5 minit. Seperti biasa, semua teruja. Haha. Riang sungguh.

Tiket masuk? Ha, ini adalah poin yang sangat penting kepada bakal-bakal pelawat kota purba ini. Jangan terkejut kalau aku katakan yang kami, pelajar Jordan termasuk di dalam golongan penduduk Jordan hanya dikenakan bayaran sebanyak 1 JD [tukaran matawang semasa; 1JD=RM 5.116], manakala pelancong luar dikenakan bayaran sebanyak 21 JD! 20 JD tu beza. Jadi, adalah dinasihatkan untuk menghubungi mana-mana pelajar Malaysia di sini untuk tujuan meminjam kad pelajar. :P. Hehe.

A smiling donkey at Petra
Seikhlas hatinya, aku rasa nak sepuk saja keldai ini. Bajet comel, ya? Haha. [Susah tahu nak tangkap gambar keldai tengok kamera. Mereka ni pemalu]

Petra, yang juga dikenali sebagai Red Rose City [Kota Merah Jambu], adalah sangat bertepatan dengan nama jolokannya. Pasir-pasir dan batu-batu di sini berwarna merah jambu. Sangat mengagumkan. Ianya merupakan ibu kota puak Nabatean purbakala. Kemudiannya, diserap oleh kerajaan Roman menjadi sebahagian dari kekuasaan dan pentadbirannya pada tahun 106 M dan Rom terus memperbesarkan bandar Petra. Pernah menjadi pusat perdagangan, Petra hancur di dalam gempa bumi dan sistem pengairan musnah. Kemudiannya, Petra ditinggalkan oleh Salahuddin Al-Ayubbi setelah penaklukannya di Timur Tengah pada tahun 1189 M.

An Old Folk at Petra, Jordan.
Pakcik penjual cenderamata di dalam perjalanan ke Ad-Deir, Petra yang mempunyai 900 anak tangga untuk sampai.



Petra ini juga dikaitkan dengan kisah kaum Nabi Salleh A.S, iaitu kaum 'Ad. Kehebatan kaum yang dikurniakan oleh Allah sehingga mampu mengukir bukit dapat anda saksikan apabila tiba di sini. Bukit yang besar pun mereka ukir. Bukan setakat tarah macam kerja Samy Vellu, ini ukir!

Bermula dengan perjalanan di dalam As-Siq, lorong utama ke dalam Kota Purba sangatlah menarik, dengan pemandangan pelbagai bentuk batu-batuan yang tersusun indah sepanjang lebih kurang 1 kilometer, seterusnya, berhadapan dengan Al-Khazneh, monumen yang paling sempurna. Seterusnya, beberapa ratus meter berjalan kaki, aku berdiri di tengah-tengah kota purba yang sangat lengkap. Aktiviti panjat memanjat sangatlah best, ya. Dan, monumen yang paling jauh terletak lebih kurang satu jam berjalan kaki dari pusat kawasan yang mengumpulkan paling banyak monumen-monumen yang terpelihara, iaitu, Ad-Deir, monumen paling besar yang terdapat di Petra. Berdekatan dengannya, terdapat kawasan korban diri demi kesucian purba, yang mana kawasannya amatlah cantik dengan cenuram yang sangat tinggi. Konfem tak hidup punya engkau orang kalau jatuh oi.

IMG_2337
Aku dan Dolah skema tapi berani nak hidup di Sacrificial Place, Petra. Kalau terpelecot, jamin jatuh mati lah. haha.

Walking on Preserved Roman walkpace, Petra, Jordan
Budak-budak bising dan tempat laluan pejalan kaki Roman purba yang dijaga dan kekal sehingga kini. [Cuba engkau orang kira berapa banyak puntung rokok dalam gambar aku ni. Hehe.]


Aku di atas batu di As-Siq


Aku di hadapan Ad-Deir. [Sikit saja gambar ada muka aku sepanjang perjalanan. Nasib kameraman~hehe]

Berada seharian di amatlah berbaloi. Aku yang berada di sana bermula 7 pagi pun, rasa macam tak puas hati lagi apabila terpaksa balik pukul 3 petang. Ok, sudah lewat pukul 3 petang sebenarnya sedangkan maghrib pun masuk pukul 4 petang. Inilah bahagian yang tak seronoknya pabila musim sejuk.

Jadi, memandangkan pakcik coaster meminta kepada semua agar pulang segera, aku tak dapat nak kata apalah, kan? Kenalah pulang. Lagipun, sebenarnya, aku lah dua orang budak paling lambat keluar dari Petra. Haha.
Got tired?
Penat yop?

Petra, Jordan

Ad-Deir, Petra, Jordan

Dalam perjalanan pulang melalui As-Siq, aku berjumpa satu pasangan yang lewat 50-an mungkin, aku buat-buat mesralah kan? Haha. Bertegur sapa. Tahu-tahu, mereka berdua adalah French. Aku pun, apa lagi? Cubalah praktik French yang aku belajar dua tiga kerat ayat ini. Sekadar J'e mappelle tak ber-J'e mappelle lah. Como tu tappelle' dan adik beradik dia yang paling basis lah katakan. Ha, sekali, makcik Enika itu (nama perempuan French) dan laki dia memang totok French habis. Bila nak berpisah, aku pun sebut "Nice to meet you", sebab aku tak tahu lagi istilah Como sava. Ha, sekali, aku kena terang panjang lebar apa itu "Nice to meet you". Ambil kau. Dia pun tanya, "Do you say that we are nice?", aku yang penat pun, iyakan saja. Haha.


Kemudian, aku naik coaster, dan kami bertolak pulang ke Irbid dan sampai di rumah pada malam itu juga. Maka, tamatlah penjelajahan kami di Tanah Syam berkerajaan Bani Hashim ini, Jordan.

Sekian.

//gambar-gambar yang ada muka aku itu bukanlah hak milik aku secara mutlak. Sudah tentulah bukan, sebab bukan aku yang tangkap gambar itu, bukan? Jadi, di sini aku ingin memberi kredit kepada Hilmi dan Hashemi untuk gambar-gambar yang ada muka aku. [Bukan gambar aku :p]

Friday, January 9, 2009

Jelajah Jordan Cuti AidilAdha 1429 H [2008]

Wadi Rum, Jordan [Edit 1]
Maaf. Edit bughok nak mampus. Pakai gadget yang ada di Flickr tu.

Ad-Deir, Petra, Jordan

Petra, Jordan

Akan diupdate akan datang. Sekarang sedang peperiksaan akhir lah. Maaf. Harap bersabar, yah?