Tuesday, May 12, 2009

Turkey, Bulgaria dan Republik Macedonia Siri 2 (Turkey)

1st sem break travelling collage

* banyak lagi gambar akan diupload dalam masa terdekat. notis akan diberikan di blog utama jika gambar lebih telah diupload*




"Halu, assalamualaikum"

"Kenal saya tak?"

Aku baran pagi-pagi macam ni ada orang nak berteka-teki. Haha, tipu saja. Aku tengok nombor, mana aku kenal. Adil dan Mustopha sepatutnya sudah balik ke Syria. Takkan ada orang Jordan stalking aku sampai ke Turki. Tak cukup artis lagi aku untuk di"paparazzi"kan sampai ke tahap itu.

Kemudian, dia dengan baiknya memperkenalkan diri.

"Ana 'Adil. al, an, ana fi Istanbul" (Aku Adil, sekarang ni aku di Istanbul)

Erk, kenapa dia ada di Istanbul sedang Osmaniye (tempat dituju atas urusan jadi model) sangat jauh dari Istanbul. Lebih kurang sejam saja dari Antakya.

Tengok peta ini.

Rupa-rupanya, dia tidak boleh pulang ke Syria lagi atas masalah passport. Secara seriusnya, aku memang tersangat bangga menjadi rakyat Malaysia apabila aku tiba di satu-satu sempadan negara sebab rakyat Malaysia merupakan antara kumpulan yang paling senang untuk melintas sempadan antarabangsa. Tak percaya cubalah semak di Internet.

Jadi, atas sebab itu, 'Adil terpaksa berpatah kembali ke Istanbul untuk menyelesaikan masalah dia di kedutaan. Memandangkan hari itu hari Ahad, terpaksa dia tunggu keesokan harinya.

Kemudian, kami berjanji untuk bertemu dengannya di satu tempat yang lupa aku namanya, di Dolmabahce. Yang penting, di tepi selat Bosphorus. Sambil tunggu, aku layan pemandangan indah tepi itu sambil memberi makan pada burung-burung. Lama punya tunggu, aku telefon dia kembali. Penat dia cari tak jumpa, kantoi aku silap tempat tunggu. Memang sengal. Menyusahkan orang. (Dalam sejam juga kami menunggu =.=!)



Berjumpa dengan 'Adil

Kemudian, 'Adil membawa kami ke Dolmabahce Palace. Dolmabahce Palace memang mengagumkan, lawa, tapi, jelas ia lambang pembaziran wang rakyat oleh Sultan yang membinanya bagi aku kerna ada satu kawasan di istana itu, syilingnya berturapkan emas tulen, dan tempat itu bukannya kecil. Macamana pun, istana itu memang menarik. Sejarah Dolmabahce Palace,ianya dibina oleh arkitek Armenia, Garabet Balyan dibawah arahan Sultan Abdul Majid 1 bermula tahun 1843 sehingga 1856. Ya, sangat lama. Ianya menunjukkan standard budaya Eropah bagi Empayar Uthmaniyyah dengan ciri-ciri Neo-Classic, Baroque ,Rococo dan juga Ottoman bercampur sebati. Sebelum Dolmabahce dibina, Sultan dan keluarganya tinggal di Topkapi Sarayi, (ditulis pada entri pertama) tetapi, kerana kurangnya kemewahan pada istana itu, Sultan memutuskan untuk membina istana yang baru, iaitu Dolmabahce Sarayi. Pembinaannya berjumlah 5 million pound emas Uthmaniyyah bersamaan 35 tan emas.
Happy Mother's Day, Ibu!
Bayaran masuk? Ah, orang Turki memang baik layanan dan hospitaliti kepada masyarakat luar, sama seperti orang Arab. Jadi, kami sekali lagi mendapat "barang" percuma. Pusing-pusing dalam istana itu secara percuma. Bila mahu dibayar kembali, dia menolak sekeras-kerasnya. Sesampai aku ke Turki, hanya dua kali saja membuat pembayaran, pertama, hostel kami dan kedua, tiket trem di Istanbul dari Sultanahmet ke Dolmabache. Itupun, berapa sen saja.

Sitting in darkness, thinking of brightness

Red Dolmabahce 2

Red Dolmabahce

Oh, bercakap mengenai trem di Turkey, ia merupakan salah satu lagi kekaguman aku terhadap masyarakat setempat selaku buat kali pertama menjejakkan kaki ke Eropah. Lama aku perhatikan, trem seperti ini, senang saja untuk pengguna naik tanpa membayar. Bayangkan, trem itu melalui tengah-tengah jalanraya yang sememangnya ramai melintas. Jadi, perhentiannya adalah ditengah-tengah jalan. Untuk menaikinya, anda hanya perlu membeli tiket ataupun Bilet dalam bahasa Turki dan memasukkan koin itu di besi-boleh-putar. Sememangnya, kalau nak masuk tanpa membeli tiket pun tidak ada masalah. Masuk saja dari depan dan belakang hentian, tempat laluan trem. Tapi, tak ada orang yang buat. Aku pelik dan kagum. Kalaulah begini sistem di Jordan dan di Malaysiaaaa....


Kemudian, habis bergambar pusing dan lihat tinggalan Khalifah Uthmaniyyah itu, kami keluar dan pergi ke Stadium Besiktas. Malam itu ada perlawanan. Besiktas lawan apa entah, aku tak ingat. Tak silap aku tiket masuk berharga YTL 25 ataupun lebih kurang RM 60. Tapi, Adil tak mahu masuk. Dia kata mahal. Kami nak menghormati dia, tak jadi masuk walaupun itu kali pertama boleh menonton perlawanan bola secara langsung kelab Eropah. Alaaah, lagipun, bukan aku ada kenal sapa-sapa pun dalam Besiktas, lawan pula dengan kumpulan tak femes.


Bermalam di Madrasah Tahfiz Fatih dan Saami yang sangat baik


Seterusnya, kami pusing-pusing stadium sebentar sebelum Adil membawa kami ke Masjid Fatih, di mana terletaknya kubur Sultan Mehmed The Conqueror, sultan ke 7 dalam empayar Uthmaniyyah. Sultan yang disebutkan di dalam hadith Nabi sebagai sebaik-baik sultan dan dibelakangnya adalah sebaik-baik tentera. Dia membuka kota Constantinople dan menjadikannya pusat pemerintahan Islam pada ketika itu dan menamakannya Islam Bol yang akhirnya dinamakan Istanbul. Secara ikhlasnya, kami tidak pernah terfikir untuk ke maqam itu dan tidak tahu di manakah ia. Terima kasih banyak-banyak Adil yang membawa kami ke sana.

Sepanjang perjalanan, aku bersembang dengan 'Adil tentang suasana politik Turkey, bagaimana sejarah Ak Partisi, siapakah Recep Tayyip Erdogan kerana ketika kami di sana, ianya adalah pra-pilihanraya umum Turkey. Menurut 'Adil, Erdogan adalah seorang yang sangat faqih dalam bidang agama (syariah) dan boleh diletakkan tarafnya di kalangan ulama'. Dia menceritakan bagaimana Erdogan keluar dari Welfare Party, (yang merupakan parti politik yang popular dalam kalangan orang Islam yang teguh pegangannya) dan menubuhkan Ak Parti.

Hopes for you to faith? Turkey on election.
bendera Saadet Partisi (Welfare Party) di Fatih, Istanbul

Di Masjid Fatih, perempuan rata-rata memakai hijab dan suasananya agak berlainan dari tempat lain. Kurang pelancong, yang memberikan rasa yang lebih eksklusif kepada aku dan terdapat banyak maqam ulama' terdahulu. Selepas kami melawat kubur Sultan Mehmed, Adil membawa kami melihat daerah Fatih, sebuah daerah yang sangat berlainan dari bahagian Istanbul yang lain. Mengikut pandangan mata kasar, penduduk di sini lebih kuat pegangan agama. Seterusnya, kami ke Madrasah Tahfiz Fatih dan berjumpa dengan guru Adil. Kami bersembang sebentar sebelum Saami, seorang guru di Madrasah itu mengajak kami tidur di situ.

Kami sebenarnya agak berat dan segan-segan sehinggalah kami sudah tiada alasan lagi untuk tidak bermalam di situ. Malamnya, Saami membawa kami ke sebuah kafe yang terletak di atas bukit dan dia menunjukkan lokasi di mana strategi paling bijak dalam sejarah peperangan berlaku, tempat Sultan Mehmed AlFatih menarik kapal menaiki bukit untuk mengelakkan sekatan di laut yang dibuat oleh Constantine. Strategi yang terlampau bijak untuk kita fikirkan.

bukit yang dikatakan pada waktu malam. aku pun tak tengok masa siang, lagikan nak tunjuk gambar.

Oh, lupa pula. Juga, pada malam itulah, kami berselisih dengan Recep Tayyip Erdogan di kawasan Sultanahmet. Pada mulanya, kami tidak tahu siapakah orang besar yang dikawal kenderaannya sehinggalah Saami memastikannya. Wah! Memang benar-benar teruja.

Sebermula dari malam itu, kami bermalam di madrasah tahfiz itu selama 2 malam. Berjumpa ramai orang dan kenalan mereka, yang ramainya sudah aku lupa nama (aku senang lupa nama, tapi tidak rupa) rakan 'Adil yang berketurunan Kurd dan belajar berkenaan Kristian di Vatican City, pakcik penjual buku yang menjual dengan murah, pakcik penjual buah yang memberi oren percuma kepada aku dan atiff, pakcik penjual minyak wangi yang memberi juga percuma minyak wanginya, pelajar Indonesia di Turkey yang belajar bahasa Turkey juga mamat hafiz Uzbekistan yang bekerja di Madrasah Fatih . Terlampau ramai yang baik dan bermurah hati kami jumpai.

Madrasah Tahfiz yang kami kunjungi juga bukanlah calang-calang kelengkapannya. Kalau di Malaysia, itu ialah sekolah pondok. ('Adil dua tiga kali bertanya kepada aku tentang sekolah 'funduq (funduq (bahasa arab) =hotel. hehe). Tapi, sekolah pondok pun, lampu automatik. Haa! Dan, sekolah pondok mereka sangat sistematik. Dari seawal 2 tahun sehinggalah 20 tahun dan ke atas dan dibahagi-bahagikan kepada beberapa sekolah dan institusi dan tempat kami bermalam adalah khas untuk kanak-kanak, dari umur 2 tahun sehingga 12 tahun. Haa, memang melayan kerenah merekalah. Nasib baik comel. Haha.



Sehari di Buyukada (Pulau Besar)

Esoknya, kami bergerak ke Büyükada, (Büyük=Besar, ada=Pulau. Jadi, Pulau Besar). Dalam perjalanan, sempat lagi aku belajar bahasa Turki dengan Saami kerana aku pelik nampak banyak sangat istilah Ak (aku nampak Ak Bank, Ak apetah lagi) sehinggalah dia memberitahu aku, AK=Putih. Kara= Hitam. Kara Deniz= Laut Hitam. Aku kagum dengan Saami kerana menurutnya, ini adalah kali kedua dia bercakap Arab selain dari ketika umrah. Segala perkataan terkeluar dari mulutnya adalah yang dia tahu dari kitab Arab.

Buyukada merupakan salah satu dari gugusan 9 buah pulau di Istanbul dan merupakan yang paling besar. Kami menaiki feri ke sana dengan tambang di bayar oleh Saami. Dikatakan pulau itu sangat cantik dan anda tidak akan menemui sebiji pun kenderaan bermotor, tetapi, meleset sama sekali. Kami ke sana sewaktu projek pembinaan sedang berlangsung. Slack betullah. Macammana pun, sepanjang berada di atas feri, ianya merupakan sesuatu yang menenangkan kerana terdapat banyak burung-burung berlegar-legar di Istanbul.

Kami menaiki kereta kuda mengelilingi pulau itu dan ianya agak mengecewakan kerana tiada apa-apa yang istimewa selain dari tak boleh berhenti! Kalau nak berhenti juga, kena tambah bayaran YTL 10. Sengal. Oleh kerana masih tak puas hati, aku, Rozaili dan Hady mengambil keputusan untuk menyewa basikal pula sebelum Hady patah balik atas sebab lelah. Setelah lama tidak berbasikal, berbasikal menaiki gunung sangat memenatkan. Tetapi, kami puas berbanding menaiki kereta kuda. Kesimpulannya, lain kali, kalau nak pergi, lebih baik sewa basikal.

SDC13981

flying up away


Seharian kami di sana, aku seperti biasa, sangat sengal, penuh memori. Aduhai. Sesuatu yang mengkagumkan tentang Saami, seharian aku di Buyukada, tak silap aku, 5 kali dia menelefon, bertanyakan khabar. Subhanallah. Baik betul. Aku juga agak kecewa kerana tersilap timing masa pulang menyebabkan dia menunggu lama di dalam udara sejuk dan menyebabkan dia batuk-batuk.

Malam itu, kami pulang dan tidur di madrasah kembali sebelum meneruskan perjalanan ke Bursa keesokan harinya.

Eyes of Hope
potret budak Madrasah Tahfiz Fatih. aiwah. haha.


Bersambung...



p/s banyak lagi gambar akan diupload dalam masa terdekat. notis akan diberikan di blog utama jika gambar lebih telah diupload

1st sem break travelling collage