Kereta Cadilac milik Aisha meluncur laju menempuh lebuh raya selatan Beirut. Sepanjang perjalanan, aku yang memang tidak pernah hadir ke mana-mana demonstrasi ralit mendengar pengalaman wanita Tunisia tersebut. Juga aku cuba memahami akan dinamik politik di Timur Tengah ini.
Ibunya juga turut menelefon memberitahunya untuk tidak turun ke sana. Namun dia bersungguh-sungguh untuk turun.
“Hai hiya kteer muhimmeh ‘alayy, Mama (Ianya amat penting bagi saya, Mak),” ujar Aisha di telefon.

Sarah, adik kepada Aisha, yang berambut pintal itu bersungguh-sungguh cuba menghalang Aisha dari turun ke demonstrasi. Namun tidak diendahkan Aisha.
“Mashi, law entee btnazzel, ana nzzel m’aki (Kalau kamu turun ke sana, aku akan ikut sekali),” ujar Sarah.
Kemudian rakan Aisha menelefon beliau yang mengatakan demonstrasi aman sudahpun bertukar ganas. Sudah lagi tidak aman.
Di kerusi belakang tersebut aku memerhati dua beradik ini bertengkar atas keputusan samada untuk pergi atau tidak. Aisha bersungguh-sungguh untuk turun menyokong gerakan rakyat, manakala adiknya Sarah bersungguh-sungguh untuk menghalangnya demi keselamatan kakak kesayangannya.
Kedua beradik ini menjadi analogi sosiopsikologi masyarakat. Dua personaliti berbeza. Dua cara fikir berbeza dengan prioriti berbeza. Namun mereka masih lagi dari satu keluarga yang sama.
Tidak beza dengan apa yang aku biasa lihat di ruang-ruang sosial media apabila adanya event-event sebegini. Satunya membara mahu turun oleh kerana sayang cinta tanah air. Yang lagi satunya cuba mengelakkan risiko dan menjaga keselamatan, juga kerana cinta.
Ah lupa aku bagitahu kenapa rakyat Beirut turun ke jalanan. Ini merupakan demonstrasi aman tunjuk tidak puas hati mereka akibat sampah yang tidak dipungut selama 3 minggu. Ah ya benar, sekali! Sampah tidak dipungut selama tiga minggu, jadi mereka turun berdemonstrasi! Dan kini ianya bertukar ganas! Lucu bukan? Demonstrasi BeirutYouStink bertukar ganas, kerana menurut mereka pihak polis mula menembak pendemonstran.

Aku bagai adrenaline seeker yang lain, masih lagi teruja untuk melihat demonstrasi di Timur Tengah. Beralasan untuk mencari pengalaman. Bodoh tapi itulah aku.
Sesampainya di sana, seperti yang kami sangka. Pusat bandar Beirut ditutup. Tiada elektrik, gelap gelita kecuali beberapa lampu neon jalan yang masih ada. Kereta tidak dibenarkan lalu. Kereta kami tinggalkan di pinggiran pusat bandar dan kami berjalan kaki memasuki kawasan tersebut.
Kami bertemu seorang lelaki muda bergaya tinggi lampai dan kami berbincang bersamanya.
Sarah dan Rachel ketakutan dan mahu pulang. Aisha dan (*21321 bersemangat masuk. Aku yang agak terlambat untuk mengikuti mereka berdua akhirnya terpaksa berdiri di pinggiran menemani Rachel yang tidak dapat ke tempat tinggalnya.

Rachel merengek mahu pulang. Sarah yang mulanya mahu pulang juga entah ke mana. Mungkin sekali mengekori Aisha dan memujuknya untuk pulang. Kemudian kami berjumpa dengan Ali, wartawan Al-Jazeera yang menegur kami dan cuba menghalang kami dari masuk ke dalam. Jadi kami berdiri di luar bersama beliau. Rachel kemudiannya menjadi agak tenang, namun aku menjadi kecewa. Ah, bila lagi mahu aku saksikan apa yang selalu aku tonton di kaca tv secara live! Ini merupakan one in a lifetime experience! Bentak hati muda aku yang sentiasa mencari novelty.
“Kau duk sini dengan aku, aku ada orang laporkan situasi di dalam,” ujar Ali.
Jadi aku pun memutuskan untuk bersama beliau memantau keadaan. Ah, pengalaman, pengalaman juga. Tapi kalau pengalaman seterusnya adalah ditembak mati ataupun cedera dalam demonstrasi ini, bukankah bodoh namanya? Menyusahkan semua? Sudahlah aku berseorangan di Lubnan ini. Jadi kami berdiri memerhati para pendemonstran berlari-lari masuk ke celahan bangunan tinggi-tinggi ke dalam pusat bandar. Ada seorang dua pendemonstran berhenti apabila melihat aku dan Rachel di situ dan bersembang.

Di celah-celah bangunan itu aku lihat cahaya merah flare berterbangan di udara. Papan-papan tembok penghadang projek pembangunan dibakar. Terdengar bunyi das-das tembakan juga siren bomba dan ambulans, tidak begitu jauh dari kami. Sesekali terdengar semboyan berbunyi. Langit hanyalah dicerahi oleh peluru red flare.
Sebentar kemudiannya, aku lihat ramai yang berlari-lari keluar dari jalan suram di hadapan kami kami. Bertempik. Kemudiannya diikuti oleh trak bomba menyembur air ke arah mereka. Aku dapat lihat seorang dua terjatuh.
Terus cepat-cepat aku, Ali dan Rachel beralih tempat lebih jauh dan selamat, di luar kawasan pendemonstran.
Ketika itu, kami dimaklumkan sudah ada tiga pendemonstran mati ditembak. Amarah tiba-tiba membuak-buak dalam diri aku. Aku pun tidak pasti kepada siapa yang aku hendak marah. Tapi seolahnya, begitu murah harga nyawa. Atas dasar apa sebenarnya kematian mereka ini? Apa atas dasar kuasa politik? Atau kegilaan manusia mahu menunjuk kuasa yang mereka mampu menarik nyawa sesiapa sahaja yang melawan mereka? Apakah berbaloi kematian mereka bertiga ini? Mati kerana sampah? Atau mati melawan penguasa korup? Aku bingung.
Benar, bagi kau tiga kematian ini mungkin cumalah angka. Kita sudahpun lali melihat di kaca television di berita dunia para pembaca berita setiap hari mengumumkan berapa kematian yang terlibat di setiap bencana alam mahupun petaka ciptaan manusia. Ratusan, ribuan, puluh ribuan. Ianya semua hanyalah angka, statistik yang statik. Tidak lebih dari itu. Jelek bukan, statistik dicipta untuk menggambarkan sebuah realiti dan perkara. Namun digunakan untuk menukar realiti kepada nombor-nombor kaku. Aku tahu kerana aku juga selalunya begitu. Doktor dilatih bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan walaupun satu nyawa kerana setiap nyawa itu berharga. Satu nyawa itu merupakan satu kehidupan, seorang manusia yang punya keluarga, sahabat handai yang akan menangisi pemergian mereka. Mungkin sekali punya anak dan orang tercinta yang bergantung harap. Aku bingung.
Ah, kali ini tiga orang. Terus aku terfikir bagaimana di zon-zon perang yang saban hari kematian menjadi mainan.
Kemudiannya ada bom asap dan peluru yang mengekori pendemonstran terbang bersimpang siur jatuh beberapa meter dari aku. Adrenalin aku terus mencanak. Jantung berdegup kencang tapi perasaan excited juga naik. Jadi aku cuba bertenang dan tidak membuat sesuatu yang bodoh.
Terus cepat-cepat aku, Ali dan Rachel beralih tempat lebih jauh dan selamat, di luar kawasan pendemonstran.
Ketika itu, kami dimaklumkan sudah ada tiga pendemonstran mati ditembak. Amarah tiba-tiba membuak-buak dalam diri aku. Aku pun tidak pasti kepada siapa yang aku hendak marah. Tapi seolahnya, begitu murah harga nyawa. Atas dasar apa sebenarnya kematian mereka ini? Apa atas dasar kuasa politik? Atau kegilaan manusia mahu menunjuk kuasa yang mereka mampu menarik nyawa sesiapa sahaja yang melawan mereka? Apakah berbaloi kematian mereka bertiga ini? Mati kerana sampah? Atau mati melawan penguasa korup? Aku bingung.
Benar, bagi kau tiga kematian ini mungkin cumalah angka. Kita sudahpun lali melihat di kaca television di berita dunia para pembaca berita setiap hari mengumumkan berapa kematian yang terlibat di setiap bencana alam mahupun petaka ciptaan manusia. Ratusan, ribuan, puluh ribuan. Ianya semua hanyalah angka, statistik yang statik. Tidak lebih dari itu. Jelek bukan, statistik dicipta untuk menggambarkan sebuah realiti dan perkara. Namun digunakan untuk menukar realiti kepada nombor-nombor kaku. Aku tahu kerana aku juga selalunya begitu. Doktor dilatih bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan walaupun satu nyawa kerana setiap nyawa itu berharga. Satu nyawa itu merupakan satu kehidupan, seorang manusia yang punya keluarga, sahabat handai yang akan menangisi pemergian mereka. Mungkin sekali punya anak dan orang tercinta yang bergantung harap. Aku bingung.
Ah, kali ini tiga orang. Terus aku terfikir bagaimana di zon-zon perang yang saban hari kematian menjadi mainan.
Demonstrasi ini sudah tidak lagi kelakar mahupun menghiburkan. Aku terus jelek. Jelek akan siapa sebenarnya, aku tidak pasti. Mungkin sekali jelek akan diri aku sendiri kerana menganggap lapangan berbahaya ini sebagai mainan.
Aku berdiri di situ memerhati pergelutan manusia dengan kuasa yang dizahirkan dalam bentuk peluh, air mata dan peluru.

“Apa? Mereka tidak mati dan dapat diselamatkan?,” Ali berkata-kata di telefon.
Ah lega hati aku. Tidaklah aku pasti kenapa aku lega, apakah benar aku lega akan mereka bertiga masih bernyawa ataupun hanyalah lega kerana aku tidak akan menanggung rasa bersalah teruja melihat lapangan berbahaya yang bisa meragut nyawa ini.
“Keadaan sekarang tenang di pusat bandar, pihak pendemonstran sekarang sedang berunding dengan pihak polis. Kalau nak masuk, ikut aku,” sambung Ali.
Ali seterusnya membawa kami masuk ke hadapan kawasan Parlimen Beirut. Di kiri kanan jalan deretan kedai dan pejabat dipecah. Ali menunjukkan kami video mereka yang mengambil kesempatan untuk memecah masuk pusat membeli-belah dan mencuri pakaian berharga. Ah, melawan demi kesejahteraan negara.
Aku sedikit teruja jadi aku mengambil foto di kawasan sekitar cermin yang pecah. Kelihatan manusia sedang marah.
Sesampainya kami di hadapan parlimen, kami terserempak kembali dengan Aisha, Sarah dan rakan-rakan mereka. Kelihatan Sarah sedang meniup buih belon di tengah-tengah demonstrasi.
Tergelak kecil aku. Kelihatannya seperti pemandangan yang hanya aku dapat lihat dalam majalah-majalah. Aku berada di sebuah bandar asing, dengan senibina Mediterranean dan dipengaruhi besar senibina Perancis, dikelilingi bangsa Arab yang amat beda sekali dari yang aku biasai. Berbahasa Arab loghat Syam beralun, banyak bercampur sekali dengan perkataan Perancis. Dan seorang gadis berambut pintal, berkaca mata frame tebal dan berskirt paras lutut ini meniup buih-buih belon di tengah-tengah gerombolan kemarahan dan kekecewaan yang mula surut.

Dan aku berdiri sendirian di hadapan parlimen Beirut memerhati kegilaan di sekeliling aku. Cuba mencerap dan memahami segalanya.
No comments:
Post a Comment