Setelah berkira selama beberapa hari, aku rasa aku nak habiskan tulis cerita aku meronda-ronda. Jadi aku akan tulis balik mengikut ingatan aku akan trip ini yang telah berlalu dalam dua tahun setengah dulu.
Jadi, dipendekkan cerita, aku balik hostel - kena tipu dengan teksi, tidur malam, bangun balik pagi esoknya yang mana aku dah tak ingat apa benda berfaedah aku buat pada hari berkenaan.
Cumanya pada hari kedua aku di Sofia, aku ada cerita pedoman buat tatapan anak-anak sekalian. Ahaha. Aku dan Rozaili nak ke pusat bandar dia (dengan tanpa tujuan yang jelas di samping dah checkout dan beg kena bawak blah). Akibat kitorang tak tahu macam mana nak navigate di sana, dan ada backpack besar - maka kekecelaruan di wajah terpancar secara automatik. Maka, pakcik yang sedang mengutip sampah dari tong sampah berdekatan menghampiri kami.
Kawan-kawan, mari saya gambarkan kepada anda bagaimana paras rupa pakcik itu. Baju pakcik tu sangat kotor, tersangat kotor dan tidak hygiene menyebabkan aku yang tak berapa nak bersih ni pun anggap ketidakhygienan pakcik tu sudah keterlampauan. Baju dia kotor, penuh daki, kotoran dan minyak gris.Hanya Daia yang mampu membersihkannya.Rambut dia yang terkeluar dari topi nelayannya yang juga kotor tu tak terurus bagaikan rambut Einstein. Kakinya tempang kiri dan jalan terhencut-hencut menarik kaki. Manakala badannya bongkok bagaikan Sang Quasimodo! Wajahnya, seperti anggota badannya yang lain, juga kotor! Cuba tuan puan bayangkan dengan imaginasi tertinggi kawan-kawan akan adjektif-adjektif yang negatif ini, inshaAllah, tuan puan akan dapat sedikit sebanyak gambaran pakcik tersebut.
Ya, pakcik tu datang menghampiri aku dan Rozaili dan tengok kertas yang diberikan oleh tuan hostel kepada aku. Apa buang tabiat ke pakcik ni. Tidak, dia tidak buang tabiat sebaliknya cuba memahami apa yang bermain di kepala aku dan dia bawak kitorang ke seberang jalan. Tunggu bas bersama kitorang bas yang sepatutnya kitorang naik Tapi, seperti biasa, disebabkan aku adalah hero ataupun watak protagonis dalam blog aku, maka perlu ada watak antagonis. Disebabkan pakcik ni baik hati orangnya, terpaksalah watak ini diberi kepada orang lain - iaitu Rozaili. (Sorry Roz, aku terpaksa buat macam ni untuk ikut rules). Dalam duk tunggu bas tu jugaklah Rozaili ni nak pergi tandas. Kalau pergi kejap, takpe. Ini pergi punya lama.
Bas berhenti di traffic light dan berkebetulan aku berdiri tepi traffic light, tapi rozaili takde dengan aku makanya, aku tak boleh naik bas. Jadi lama aku dan pakcik tu tunggu rozaili pergi tandas. Risau la bas tinggal. Tapi pakcik tu relaks je duk tepi aku dengan plastik sampah dia yang besar.
Dan, macam dalam movie thriller, setiap watak akan muncul pada waktu yang tepat dan dalam masa yang sama memberikan anda suntikan adrenalin yang mencukupi, rozaili tiba jugak lepas lebih 20 minit. Bila dia sampai terus kitorang lompat masuk dalam bas, dan tak sampai lima saat, lampu trafik bertukar hijau. Dan sebab kekalutan aku terlupa pasal pakcik tu. Bila aku dalam bas baru nampak pakcik tu dan dia jalan sorang-sorang, terhencut-hencut, menarik beg plastik sampahnya. Dan, aku tak sempat nak ucap terima kasih pun pada dia.
Sesungguhnya, gambaran yang ada sungguh dramatik. Angin sejuk menerpa ke muka penduduk Sofia. Bandar yang disinggahi musim sejuk itu kelihatan kotor dan berdebu akibat dari selut-selut yang ditinggalkan salji. Pokok-pokok kering menghiasi landskap. Bas meninggalkan tempat berkenaan, aku melihat dari cermin belakang bas, pakcik yang keadaannya serba kekurangan itu berjalan seorang diri terhencut-hencut meninggalkan tempat tersebut. Dan rasa bersalah yang muncul perlahan-lahan tadi mula membuak-buak kerana tidak sempat untuk mengucapkan walau sepotong terima kasih pun pada pakcik tersebut. Dramatik kan? Aku dah cakap dah. Hehe.Tapi aku tak tipu, kalau tambah musik yang feeling pada memori visual aku, memang sedih video tu akan jadi.
Makanya, tuan puan adik kakak abang pembaca sekalian, pengajaran yang kita dapat pada hari ini ialah, janganlah kita sesuka hati judge dan memandang rendah pada orang lain. Pakcik tu mungkin kotor fizikalnya, tapi hatinya, siapa tahu? Kannnn. Dah jadi macam website motivasi dah blog aku ni.
Seterusnya aku pun tak ingat aku buat apa hari tu, dan malam tu aku ambil bas ke FYRO Macedonia sebelum bertemu pakcik Kurdish yang boleh berbahasa Melayu.
1 comment:
kepala merepek betul smpai aku tak dapat nk faham
hehe =.=''
Post a Comment