Showing posts with label Jordan. Show all posts
Showing posts with label Jordan. Show all posts

Monday, January 26, 2009

Jordan Cuti Aidiladha 1429 H

InsyaAllah, gambar-gambar akan diupload dan ditambah dari semasa ke semasa.

Jelajah Jordan Colleague


Cuti Hari Raya Aidiladha 1429 H telah pun tiba. Memandangkan di Jordan ni tiada sambutan Deepavali, Gong Xi Fat Choi ke ape ke sangat, jadi, cuti raya haji mendapat kuota yang agak besar aku kira, ditambah dengan dua kali sabtu dan ahad sebagai cuti hujung minggu, cuti kami pada kali ini sepanjang 9 hari. Ok. Sangat lama bagi pelajar-pelajar Malaysia di Jordan Uni of Science and Tech, Jordan. Kalau tidak secara literalnya, secara relatifnya sudah pasti.

Pada mulanya, aku merancang untuk ke Mesir memandangkan tempoh masa agak sesuai. Namun, akibat kerenah bilo-nak-kasi oleh masyarakat Arab Jordan ni dalam melakukan kerja, harapanlah nampaknya! Visa tidak juga siap-siap lagi walaupun dua bulan tempoh masa berlalu.

Jadi, sebagai galang ganti, aku pun merancang untuk mengenali Jordan. Plan punya plan, pada mulanya ingatkan nak buat trip berlainan daripada kumpulan yang diuruskan Atip. Tapi, dah lambat sangat nak plan, akhirnya, jadi macam lebih kurang saja. Jadi, aku dan Muhammad memutuskan untuk menyertai budak2 beramai-ramai berjalan.

12 Oktober 2008
Jumaat
8.00 pagi


Ramai-ramai bergambar di Mujamma' [Stesen] Amman Jadid [Baru]

Semua telah siap sedia ingin bertolak dari rumah. Naik teksi ke Mujamma' Amman Jadid. Mencari coaster untuk ke Amman, mengambil sepupu Hady, Fit dan rakan-rakan dari Mesir. Cari punya cari, akhirnya berkat kefasihan Shemi, dia dapat adjust dengan pakcik coaster untuk menempah satu coaster terus, menuju ke Queen Alia International Airport, Laut Mati dan Aqaba. Itulah perjanjian kitorang dengan pak cik itu mulanya.


Coaster bergerak menuju ke Laut Mati dari Lapangan Terbang melalui Madaba untuk solat Jumaat. Perjalanan memakan masa agak lama melalui Madaba berbanding dengan hanya terus dari Amman yang hanya akan memakan masa 30 minit. Namun, bagi budak-budak jakun macam kami, perjalanan lebih mengujakan kerana kami buat pertama kalinya dapat melihat padang pasir dalam erti kata yang sebenar.

An isolated bungalow in the desert of nowhere
Rumah ini terletak di tengah-tengah padang pasir di dari Madaba ke Laut Mati. Aku pun tak dapat bayangkan macam manalah hidup tuan rumah ini. Haih.

Setibanya di Laut Mati, kumpulan kanak-kanak riang tadi pun terus teruja akan keajaiban alam semesta yang sesuka hati menunjukkan otai dapat mengapungkan Luqman. Jadi kepada Mursyid yang sedang risau adakah dia akan terapung, janganlah engkau dan juga anda di luar sana ragu-ragu akan kemampuan dan ke'otai'an Laut Mati ni. Laut Mati, jika mengikut sejarah Islam, merupakan akibat perbuatan terkutuk mengamalkan seks songsang kaum Sadum, iaitu kaum Nabi Lut.

Dead Sea Colleague, Jordan
1-Aku terapung di Laut Mati. Mampuslah gambar blur, dah nak buat macam mana, dah tak ada gambar aku yang ok. Haih, kesian betul kameraman macam aku ni. 2&3-Kanak-kanak riang perasan kiut. Blah. Haha. 4- Aku berlumur selut Laut Mati dan garam laut mati yang keras macam batu. Elok untuk kesihatan kulit.

Perjalanan ke Laut Mati agak pelik sedikit kerana sepatutnya semakin tinggi kedudukan dari paras laut, semakin sejuk. Namun, sebaliknya berlaku, suhu terasa semakin membahang dan merimaskan walaupun keadaan di Jordan sekarang agak sejuk.

Laut Mati ni terletak di antara Jordan dan Palestin [Israel], jadi semenanjung Israel dapat dilihat dari Laut Mati ni, malah, belum apa-apa lagi, Orange me'roaming' telefon bimbit aku ke Israel, apa-apa lah Orange. Laut Mati merupakan kawasan yang paling rendah di dunia, dengan lautnya 420 meter di bawah paras laut dan mempunyai kedalaman 380 m (1247 kaki). Laut Mati mempunyai kepanjangan sepanjang 67 km dan 18 km lebar pada titik yang paling lebar. Penyumbang utama kepada laut ini ialah Jordan River.

Laut Mati mempunyai kepekatan garam yang sangat tinggi dengan 33.7% salinity [maaf, aku belajar kimia dalam bahasa Inggeris, jadi tak tahu lah perkataannya dalam Bahasa Ibunda] dan merupakan 8.6 kali lebih masin dari lautan biasa. Itulah yang buat badan kami habis pedih-pedih dan gatal memerah kalau ada luka-luka. Fuh, sangat masin dan memedihkan. Kemasinan yang tinggi membuatkan hidupan tidak dapat tumbuh dan hidup. Jadi, cuba bayangkan apa yang akan berlaku jika air itu masuk ke dalam mata aku? Hahah. Ini bukan lawak antarabangsa walaupun latarnya bersifat amat universal, tetapi itulah yang berlaku. Masuk ke dalam mulut pun dah rasa macam hipertonik dan kering bibir aku, ini pula masuk ke dalam mata. Kelam kabut aku keluar untuk cari air nak siram mata ni.



Namun, aku tak serik. Jangan menyerah kalah kata orang tua-tua, bukan? Haha. Kami memang sangat teruja kejakunan untuk membuat gaya pelik-pelik di atas permukaan air yang ajaib itu. Namun, dalam keseronokan bereksperimentasi dengan keajaiban air itu, perlulah diingat, itulah yang akan terjadi jika laknat Allah menimpa. Namun, sayangnya, kami langsung sudah tidak ingat dunia. Hahah. Budak-budak.
Justify Full
Kemudian, aku nak ambil la cendera hati asli secara percuma. Garam asli yang berketul-ketul macam batu. Tapi, sayang seribu kali sayang. Nak sayang lebih dari tuh pun, sia-sia. Cissey, terlupa nak ambil masa nak balik. Huh sungguh.

Seterusnya, kami bertolak ke Aqaba, tanah yang bersempadan dengan Laut Merah, hanya satu-satunya laut yang wujud di Jordan selain Laut Mati. Kalau kita buka balik kisah para anbiya', Laut ni lah yang terbelah semasa Nabi Musa melarikan diri dari Firaun. Cuma, aku tak pasti di titik mana laut ini terbelah. Mungkin di Mesir kerana Nabi Musa berasal dari Mesir. Aqaba ni agaklah cantik bagi orang yang tak pernah pergi ke pantai-pantai negara tropika. Dan, ianya agak bersih. Aku kira, ianya lebih bersih dari Amman, serta tidak berdebu. Mungkin sebab bayu laut yang membersihkannya dari debu-debu yang menyelubungi Jordan.

Kami menginap di Moon Beach Hotel pada malam tersebut. Malam tu, kitorang jalan-jalan di pesisir pantai dia. Haha, jakun pantai beb. [walaupun aku orang Kelantan]. Dah, nak buat macam mana, duk asyik tengok pasir je. Cissey. Malam itu, aku, Hilmi, Dziya, Muhammad dan Azri berjalan-jalan dan lepak kat kedai yang betul-betul tepi laut. Kalau terbalik kerusi dia, masuk dalam air lah jawabnya. Lepak sampai pukul 3 pagi lebih-lebih. Ok, diberitahu di sini yang subuh masuk pukul 4.30 pagi. Masa jalan-jalan tuh, kami terkejut jumpa unta buat kali pertama depan mata. Haha, memang jakun habis lah soalan yang keluar. "Unta tu serang ke tak kalau kena flash lah" apa lah. Haha, sampai aku nak bergambar dengan unta yang comel tu pun cuak. Aku bagitahu Muhamad, "Eh mad, kalau unta tuh gerak ke serang aku ke, gitau k?". Hahah. Pandai betul soalan. Ingat unta tu macam babi hutan ke?

Seterusnya, kami pulang ke bilik hotel dan tidur.

13 Oktober 2008


Aksi melampau. Gosok gigi depan televisyen. Jangan tiru aksi ini di dalam bilik darjah.

Hari tersebut sangat-sangat ditunggu oleh aku. Pertama kali snorkelling. Tapi, hanya tiga orang dari kami sahaja yang ber"snorkelling", iaitu, aku, Hilmi dan Azri. Caj sewa peralatan snorkelling, 10 JD. Untuk tambang, tambah 3 JD. Ini adalah kali pertama aku melihat hidupan dunia di bawah sana. Agak kelam-kabut jugalah untuk 30 minit pertama untuk menyesuaikan diri dengan cara pernafasan yang betul. Azri dan Hilmi memang tiada masalah kerana mereka ada pengalaman dalam snorkelling ini. Snorkelling memang syok betullah. Tambahan, air laut di sini sangat jernih dan membiru. Oh, dan banyak batu pada dasar pesisir pantai. Sakit kaki memijaknya.

Sedang kami snorkelling, rakan-rakan yang lain mengelilingi bandar Aqaba dan menaiki glass boat mengelilingi kawasan perairan pesisir pantai Aqaba. Yang pasti, apa yang lebih bermakna kepada kami semua pada hari itu ialah, kami dapat melihat secara langsung tanah suci Palestin yang diduduki secara haram dan dibangunkan secara haram menjadi negara haram Israel. Cumanya, bandar apa yang kami nampak, aku tak pasti.


12.00 tengahari

Kami sudah terlambat sebenarnya. Rakan-rakan telah menelefon beberapa kali. Pulang cepat ke hotel! Dah lambat nak pergi Wadi Rum! Itu slogan mereka. Haha. Kami terkocoh-kocoh pulang sehinggakan telefon bimbit Azri tertinggal. Syukurlah pakcik Ahmad, tuan kedai tempat kami menyewa peralatan snorkelling itu baik hati. Oh, perlu juga untuk dicerita, memandangkan kami sudah terlambat, pemandu Pak Cik Ahmad meninggalkan kami di seberang jalan hotel kami. Engkau orang pernah lihat atau tidak, tiga orang lelaki muda berlari-lari menyeberang jalan, yang mana salah seorangnya, memakai kaca mata hitam, t-shirt dan TUALA! Haha. Manakala, seorang lagi, berlari-lari sambil menyarungkan dua pelampung besar berwarna oren dan kuning di tangannya sambil membimbit pakaian basah, merentasi jalan dan sebilangan kedai makan. Azri sang bertuala dan aku sang berpelampung buat bodoh dan tak tahu sajalah walaupun aku sedar banyak mata memandang. Huhu. Memang tak boleh lupa. Kemudian, kami bersiap dan solat zohor.

Selesai solat zohor, kami bergerak Wadi Rum. Perjalanan ke Wadi Rum memakan masa lebih kurang 2 jam. Wadi Rum, mendapat nama dari bahasa Aramaic, yang mana perkataan Rum itu bermaksud "tinggi" ataupun "dinaikkan". Wadi Rum yang mempunyai sejarah yang panjang ini, merupakan padang pasir yang sangat indah sekali. Di Barat, ianya sangat dikenali dengan mempunyai hubungan dengan T.E Lawrence, yang menjadikan Wadi Rum sebagai pusat operasinya ketika Revolusi Arab 1917-1918.

SDC11948
Pakcik-pakcik pickup menunggu mangsa.

SDC11953
Sebuah coaster di jalan utama di Wadi Rum. [Gambar ini blur. Aku suka. Haha. Tak malu bangga dengan gambar sendiri. ;p]

Wadi Rum merupakan lokasi yang sangat sesuai untuk melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti trekking, mendaki bukit [hiking], berkhemah, menunggang kuda Arab dan rock-climbing. Namun, pada trip ini, kami hanya menaiki pick-up selama 2 jam sahaja memandangkan masa agak yang ada agak suntuk. Pickup tersebut sebenarnya dapat memuatkan 8 orang dengan selesa, namun, Arab yang menjaga kaunter membenarkan hanya 6 orang sahaja satu pickup. Nasib baik, pak cik pemandu bas baik hati membantu kami dalam proses tawar-menawar. Harga satu pickup untuk tempoh masa 2 jam? 35 JD. Belum ditambah tiket masuk ke Pusat Pelancong Wadi Rum yang mengenakan harga 1 JD. Sungguh, Wadi Rum merupakan tempat yang sangat menarik. Bukti? Lihat gambar-gambar di bawah ini. Cuaca di Wadi Rum pada ketika itu agak sejuk dan jauh berbeza dengan Aqaba yang mempunyai cuaca yang sangat menyenangkan walaupun jarak perjalanan hanya 2 jam.

Wadi Rum Collage

Wadi Rum, Jordan Collage
Gambar kanan atas, gambar paling busuk yang ada dalam arkib. Itulah yang berlaku pabila kita mengkhianati hukum bergambar melompat. Luqman ditimpa Azri, dan aku ditimpa Luqman dan Azri, rebah bergolek-golek. Nasib baik kamera selamat. Heh

SDC12019


A Tent in Wadi Rum, Jordan
Sebuah khemah di Wadi Rum

A Human Face-Like Mountain at Wadi Rum, Jordan
Ada muka orang beb.

Day Dreaming at Wadi Rum, Jordan.
Secara seriusnya, janganlah tiru aksi ini di atas jalan raya depan rumah anda.


Setelah 2 jam berada di Wadi Rum, kami bergerak menuju Wadi Musa, daerah di mana Kota Purba Petra terletak. Cuaca agak sejuk. Pabila kami sampai, semuanya dalam keadaan kebuluran. Haha. Rasa macam nak mati kelaparan di kala kesejukan. Makanan di Petra memang sangat-sangat mahal jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain yang pernah saya kunjungi di Jordan. Alah, kalau nak banding dengan Malaysia, huh, jauh beza. Memang semua ahli bilik hotel aku malam itu kecewa dan tiada mood, memandangkan makanan hampeh [eh, tak baik kan kata makanan macam tu?] dan harga yang melambung. Dah la ayam dia tulis dalam menu Nus Dajaj [Ayam separuh], tapi, yang disediakan hanyalah suku sahaja. Sejuk pula tu! Harga? Tak payah sebut!
Wadi Rum, Jordan
Main pasir di Wadi Rum. Kalau kecil-kecil dulu mesti kena marah. ;p

Namun, apa-apa pun, setelah selesai makan, kami bersyukur jugalah, paling kurang, adalah juga makanan, bukan? Kemudian, kami berjalan-jalan sebentar mengelilingi Wadi Musa. Kenapa diberikan nama Wadi Musa sebenarnya? Menurut pak cik kedai runcit yang aku tanya, dia menyebut, ini kerana adanya Musa Spring di puncak bukit Wadi Musa ini. Mata air yang terbit adalah hasil daripada pukulan tongkat oleh Nabi Musa A.S yang ketika itu melalui kawasan ini dan melihat sekumpulan manusia yang memerlukan sumber air. Terus, nama Wadi Musa melekat ke dalam peta hari ini.

Malam tersebut, kami tidur di Petra Moon Hotel. Aih, kenapalah nama Moon lagi, ya? [rujuk kembali hotel yang kami menginap di Aqaba.

14 Oktober 2008
7.00 pagi


Pagi-pagi lagi kami terus bergerak ke Kota Purba Petra, salah satu keajaiban dunia yang baru sahaja memasuki senarai 7 Wonders pada 07/07/07 yang lepas. Dekat sahaja jarak Petra dari hotel kami, bahkan kalau berjalan kaki pun mungkin tak sampai 5 minit. Seperti biasa, semua teruja. Haha. Riang sungguh.

Tiket masuk? Ha, ini adalah poin yang sangat penting kepada bakal-bakal pelawat kota purba ini. Jangan terkejut kalau aku katakan yang kami, pelajar Jordan termasuk di dalam golongan penduduk Jordan hanya dikenakan bayaran sebanyak 1 JD [tukaran matawang semasa; 1JD=RM 5.116], manakala pelancong luar dikenakan bayaran sebanyak 21 JD! 20 JD tu beza. Jadi, adalah dinasihatkan untuk menghubungi mana-mana pelajar Malaysia di sini untuk tujuan meminjam kad pelajar. :P. Hehe.

A smiling donkey at Petra
Seikhlas hatinya, aku rasa nak sepuk saja keldai ini. Bajet comel, ya? Haha. [Susah tahu nak tangkap gambar keldai tengok kamera. Mereka ni pemalu]

Petra, yang juga dikenali sebagai Red Rose City [Kota Merah Jambu], adalah sangat bertepatan dengan nama jolokannya. Pasir-pasir dan batu-batu di sini berwarna merah jambu. Sangat mengagumkan. Ianya merupakan ibu kota puak Nabatean purbakala. Kemudiannya, diserap oleh kerajaan Roman menjadi sebahagian dari kekuasaan dan pentadbirannya pada tahun 106 M dan Rom terus memperbesarkan bandar Petra. Pernah menjadi pusat perdagangan, Petra hancur di dalam gempa bumi dan sistem pengairan musnah. Kemudiannya, Petra ditinggalkan oleh Salahuddin Al-Ayubbi setelah penaklukannya di Timur Tengah pada tahun 1189 M.

An Old Folk at Petra, Jordan.
Pakcik penjual cenderamata di dalam perjalanan ke Ad-Deir, Petra yang mempunyai 900 anak tangga untuk sampai.



Petra ini juga dikaitkan dengan kisah kaum Nabi Salleh A.S, iaitu kaum 'Ad. Kehebatan kaum yang dikurniakan oleh Allah sehingga mampu mengukir bukit dapat anda saksikan apabila tiba di sini. Bukit yang besar pun mereka ukir. Bukan setakat tarah macam kerja Samy Vellu, ini ukir!

Bermula dengan perjalanan di dalam As-Siq, lorong utama ke dalam Kota Purba sangatlah menarik, dengan pemandangan pelbagai bentuk batu-batuan yang tersusun indah sepanjang lebih kurang 1 kilometer, seterusnya, berhadapan dengan Al-Khazneh, monumen yang paling sempurna. Seterusnya, beberapa ratus meter berjalan kaki, aku berdiri di tengah-tengah kota purba yang sangat lengkap. Aktiviti panjat memanjat sangatlah best, ya. Dan, monumen yang paling jauh terletak lebih kurang satu jam berjalan kaki dari pusat kawasan yang mengumpulkan paling banyak monumen-monumen yang terpelihara, iaitu, Ad-Deir, monumen paling besar yang terdapat di Petra. Berdekatan dengannya, terdapat kawasan korban diri demi kesucian purba, yang mana kawasannya amatlah cantik dengan cenuram yang sangat tinggi. Konfem tak hidup punya engkau orang kalau jatuh oi.

IMG_2337
Aku dan Dolah skema tapi berani nak hidup di Sacrificial Place, Petra. Kalau terpelecot, jamin jatuh mati lah. haha.

Walking on Preserved Roman walkpace, Petra, Jordan
Budak-budak bising dan tempat laluan pejalan kaki Roman purba yang dijaga dan kekal sehingga kini. [Cuba engkau orang kira berapa banyak puntung rokok dalam gambar aku ni. Hehe.]


Aku di atas batu di As-Siq


Aku di hadapan Ad-Deir. [Sikit saja gambar ada muka aku sepanjang perjalanan. Nasib kameraman~hehe]

Berada seharian di amatlah berbaloi. Aku yang berada di sana bermula 7 pagi pun, rasa macam tak puas hati lagi apabila terpaksa balik pukul 3 petang. Ok, sudah lewat pukul 3 petang sebenarnya sedangkan maghrib pun masuk pukul 4 petang. Inilah bahagian yang tak seronoknya pabila musim sejuk.

Jadi, memandangkan pakcik coaster meminta kepada semua agar pulang segera, aku tak dapat nak kata apalah, kan? Kenalah pulang. Lagipun, sebenarnya, aku lah dua orang budak paling lambat keluar dari Petra. Haha.
Got tired?
Penat yop?

Petra, Jordan

Ad-Deir, Petra, Jordan

Dalam perjalanan pulang melalui As-Siq, aku berjumpa satu pasangan yang lewat 50-an mungkin, aku buat-buat mesralah kan? Haha. Bertegur sapa. Tahu-tahu, mereka berdua adalah French. Aku pun, apa lagi? Cubalah praktik French yang aku belajar dua tiga kerat ayat ini. Sekadar J'e mappelle tak ber-J'e mappelle lah. Como tu tappelle' dan adik beradik dia yang paling basis lah katakan. Ha, sekali, makcik Enika itu (nama perempuan French) dan laki dia memang totok French habis. Bila nak berpisah, aku pun sebut "Nice to meet you", sebab aku tak tahu lagi istilah Como sava. Ha, sekali, aku kena terang panjang lebar apa itu "Nice to meet you". Ambil kau. Dia pun tanya, "Do you say that we are nice?", aku yang penat pun, iyakan saja. Haha.


Kemudian, aku naik coaster, dan kami bertolak pulang ke Irbid dan sampai di rumah pada malam itu juga. Maka, tamatlah penjelajahan kami di Tanah Syam berkerajaan Bani Hashim ini, Jordan.

Sekian.

//gambar-gambar yang ada muka aku itu bukanlah hak milik aku secara mutlak. Sudah tentulah bukan, sebab bukan aku yang tangkap gambar itu, bukan? Jadi, di sini aku ingin memberi kredit kepada Hilmi dan Hashemi untuk gambar-gambar yang ada muka aku. [Bukan gambar aku :p]

Friday, January 9, 2009

Jelajah Jordan Cuti AidilAdha 1429 H [2008]

Wadi Rum, Jordan [Edit 1]
Maaf. Edit bughok nak mampus. Pakai gadget yang ada di Flickr tu.

Ad-Deir, Petra, Jordan

Petra, Jordan

Akan diupdate akan datang. Sekarang sedang peperiksaan akhir lah. Maaf. Harap bersabar, yah?

Friday, November 21, 2008

Amman Trip --> The very 1st Trip

Tulisan berhuruf Italic ini hanyalah pendahuluan yang merepek meraban tetapi sememangnya benar. Anda boleh terus melompat ke tulisan non-Italic sekiranya anda telah serik dengan repek raban saya. Harap Maklum.

Exam, exam, exam....
eh, periksa, periksa dan periksa... asyik periksa sahaja, pasti hari Sabtu, asyik nak Sabtu saja, pasti periksa. Adoyyaii... hampa sungguh aku. Tak syok langsung. Hidup pasti bosan. Hidup pasti hambar.

Tetapi, hari Sabtu itu, tiada peperiksaan yang menjerut hidup aku. Tiada program yang perlu aku hadiri. Oleh itu, apa lagi? O yeah, hidup di Irbid pasti hambar di hujung minggu. Apa yang menarik dapat anda lakukan hanyalah menonton movie di skrin laptop, memasak, main bola waktu pagi di universiti ataupun tidur [eh, mana pergi kata laku 'Baca buku'??? oh, maaf, tertinggal].

Hambar dan sedih. Setelah sepanjang minggu internet menjadi teman pabila tibanya aku di rumah, tak kan ler hujung minggu nak berinternet-internet lagi? Hidup pasti bosan. Hidup pasti hambar.

Haha. Tamatkan saja introduksi yang boleh di"menyampah"kan itu. Hari Jumaat 2 minggu lalu, aku merancang ekspidisi yang pertama untuk menjajah tanah Jordan ini dengan tapak kaki aku. Beberapa rakan diajak dan dijemput dan sambutan menggalakkan, malangnya, tempat hanya terhad untuk 4 orang, ok? Maka, bertuahlah Pali Wang, Atip adik Arip dan Prof Luqman.


Khamis malam jumaat tuh, kitorang wat bacaan tahlil ,eh silap, penerokaan dengan peta segala dan internet untuk tempat-tempat akan dituju selama dua hari melarikan diri dari kota Irbid ini. [Perh, bajet nak jelajah dunia lah, cari dalam internet].

Peta Jordan. Source; http://wikipedia.org



SDC12715

Peta Jordan yang aku pinjam dengan Abang Dzul Presiden MPPM



Amman merupakan ibu negara Kerajaan Jordan Hashemiah [Merujuk kepada Bani Hashim; keturunan Nabi Muhammad S.A.W.]. Populasi bandaraya ini dianggarkan 2,125,400 pada tahun 2005 dan ianya terletak di kawasan berbukit-bukau. Ibu negara Jordan ini menyimpan sejarah ketamadunan manusia yang sangat panjang sebermulanya Zaman Neolitik sekitar 8500 BC apabila ekskavasi arkeologi di 'Ain Ghazal, yang terletak di utara Amman berjaya menyelongkar bukan hanya tinggalan kesan hidupan, bahkan kesan-kesan wujudnya hasil kesenian dan binaan yang menunjukkan wujudnya sebuah masyarakat yang bertamadun pada zaman tersebut.

Pada tahun 13 BC dipanggil Rabbath Ammon dan pertukaran nama berlaku seiring dengan pertukaran masa dan pemerintah yang menguasai tanah itu. Amman kini juga dikenali sebagai Philadelphia, iaitu nama yang diberi oleh Ptolemy II Philadelphus, pemerintah dari Mesir sebelum nama Amman dianugerahkan pada Era Ghassanian dan akhirnya dinaungi Khalifah Ummayad di Damsyik (Damascus) dan Abbasiyyah di Baghdad. Agama rasmi Amman juga bertukar kepada Islam dari Kristian yang menjadi agama anutan kerajaan yang menguasainya pada tahun 326 M ketika kerajaan Byzantine berkuasa.

Bandar ini akhirnya musnah akibat gempa-gempa bumi yang berlaku dan bencana alam dan yang tinggal hanyalah kampung kecil dan runtuhan tiang-tiang sehinggalah Circassians menduduki kawasan ini pada 1887.

Keadaan akhirnya berubah apabila Kerajaan Turki Uthmaniyyah memutuskan untuk membina landasan kereta api dari Damsyiq ke Madinah lantas secara tidak langsung menjadikan Amman sebagai stesen utama.



Pemandangan Amman. Sumber; http:// wikipedia.org


Jumaat 10.20 am

Luqman baru siap. Semalam, semua berjanji mahu bertolak pada pukul 9.30 pagi, tapi rupa-rupanya aku seorang je yang terkocoh-kocoh semangat naik tangga empat lipat ke rumah diorang. Haiyya, hambar sungguh.

Sesiapnya Luq bersiap-siap, kitorang bertolak dari Saadun, naik teksi menuju ke Mujamma' Amman Jadid. [Tambang= 75 qursh. 100 qursh= 1 JD.Tukaran matawang 1 USD=0.709 JD. Tukaran tetap.] Dari situ, kitorang menaiki coaster yang bakal menuju ke Amman. Orang kata, bundle kat Amman pada hari Jumaat memang power. Jadi, aku call lah Rockers, nak tanya kat mana bundle tuh. Dia pun dengan baik hatinya, memberitahu Bundle 'Abdali adalah raja segala raja bundle. Jadi, aku tak jadilah pergi ke Amman terus. Turun coaster kat Sweileh, naik coaster pergi ke 'Abdali.

Bundle 'Abdali..

Bundle Abdali. Sangat sangat kow kow besar sungguh

Kat bundle tuh, ade macam-macam jenis warna kulit dapat aku jumpa. Tak macam kat Irbid, kalau bukan Arab, muka Melayu la tuh, tak pun China [pompuan]. Memang besar giler bangkung sungguh ini bundle. Kemudian, masa aku dah nak blah, ada seorang mamat nih tegur aku. "!#$%%&&^^&". Aku, "Sorry?" [muka blur]. "Oh, sorry, I thought you were Filipinno", "Oh, yeah?". Haaa, sudohh, beghat lagu nih. Haha. Buleh ko lagu tuh. Lepas tu, kitorang borak-borak kecil. Ramai Filipinno kat Amman ni, kebanyakannya kerja dalam bidang Animasi.


Habis sejam lebih pusing-pusing bundle 'Abdali, kitorang pun nak menuju ke Balad Amman. Balad nih, lebih kurang macam Downtown lah. Semalamnya, tengok dalam internet, boleh naik bas pergi Mujamma' Roghdan. Macam dekat. Sampai-sampai sana, o man, mana ni? Jalan-jalan di Mujamma' Roghdan tu, nampak kuih sedap, macam Char Kueh a.k.a Batang Keramat [sebutan beberapa buah negeri], tapi, manis. Sedap gak. Nama dia Kabijar Halab. Makan satu nak satu lagi. Beli satu lagi. Habis satu lagi.

Kabijar Halab in action..LOL

Kabeejar halab.

Lepas tuh, naik bas ke Balad Amman, sebab kitorang tak tahu belah mana tempat tuh. Sekali, elehhh, dekatnya! Jalan kaki sampai. -_-! Balad tu downtown la. Downtown dia cam lebih kurang kawasan Masjid India di KL. Haa, lebih kurang lah tu. Aku cuba pergi cari kedai jam yang Anwar cakap [harga yang hebat untuk jam yang mantap], tapi, tak jumpa. 2 jam lebih jugak la pusing-pusing kawasan Hussein tuh, sambil-sambil cari kedai jam tuh. Lama pusing, hampeh. Tak jumpa-jumpa. Pergi minum jus campur a.ka. koktail yang sedap giler bangkung. Ada dua kedai berebut-rebut panggil aku ngan Atip, nasib baik lah ada dua orang. Aku dan Atip berpecah. Hah, senyap pun tokey kedai yang cam nak berebut kitorang bagai berebut meminta tandatangan Stephen Spielberg dan Bill Gates. Haiyyaa. Sedap ngoti. Harga; 75 qursh a.k.a RM 3.75.


Pacewalk di Balad Amman

Amman, Jordan

Budak Arab nih ajak aku bergambar dengan dia masa aku jalan-jalan pusing Balad Amman nak cari jam


Penat, aku pun lepak kat dalam Masjid Husseini.

6.30 malam

Lepas jama' Isya', kitorang naik teksi, susah woo berebut teksi. Kalau di JUST, coaster direbutkan, kat sini, naik seram aku, orang berebut coaster. Dapat teksi, menuju ke Mecca Mall .Sepanjang perjalanan yang hanya memakan masa dalam 15 minit tu, aku tidur kepenatan berjalan kaki dan berdiri lebih dari 6 jam tanpa henti Pusing-pusing. Naik-naik escalator. Bosan. Sama je memana pun shopping mall ni. Cuma, sini, ada tulisan Arab. Pergi tengok wayang yang konon 4D, tapi, padahal 3D je. Dahlah mahal, 5 JD woo, kejap je, 15 minit, pastu kartun kanak-kanak. Lengkap kombinasi untuk merasakan anda sedang membaling duit ke dalam Laut Cina Selatan.==!!. Bosan, beli brownies kat bawah, lepas tu, sambung jalan lagi. Jalan kaki pergi ke City Mall yang dalam 1 km. Alaaaa...sama juga! Petuih! Prof Luqman sempat beli peta Amman. Hoho. Hebat sungguh. Aku nak cari bagpack tak jumpa-jumpa juga. Hish, entah apa-apa.

Kami tak akan berhenti berjalan! Haha

10.30 malam

Encik Hasmat, pegawai kedutaan Malaysia di Jordan, telefon. Dia kata dia dah sampai ke rumah. Kitorang dengan gelojohnya, naik teksi, pergi ke rumahnya di Duar Sabiq' [Seventh Roundbout]. Kos=3 JD. Punya la susah nak cari rumah dia. Pakcik drebar tuh aku tak tahu la pusing berapa kali kawasan dekat rumah dia tuh. Huhuh. Sampai rumah dia. Fuh, rumah empat tingkat beb. Kitorang menumpang di Hotel 5 bintang. Wahaha. Lepak-lepak dengan En Hasmat, sembang-sembang, makan Maggi, tengok movie dengan home theatre dia. Best dol. Memang sempoi habis lah En Hasmat.


"Hotel" kitorang


Sila kira berapa batang tangga itu. Sekian.


Sabtu, 8.30 pagi

Makan pagi di rumah En Hasmat. Beehun Goreng dengan telur. Tahu apa yang kitorang jumpa? Hoho..Sos Cili Maggi dari Malaysia!!! Hahah. Budak-budak ni jadi jakun Sos Cili lepas 2 bulan lebih je pun tak jumpa sebarang jenis Sos Cili. Mahunya separuh botol habis dibedal 4 orang sahaja. Hoho.

SDC12856
Di depan rumah En Hasmat, Setiausaha Kedutaan Malaysia di Jordan [tempat kitorang menumpang tidur malam..heheh]

Sabtu, 9.00 pagi

"Checkout" dari Hotel Hasmat. Menuju ke AlHussein Complex dimana terletaknya Royal Automobile Museum, Children Museum, King Hussein Mousqe, taman-taman dan ape tah lagi. Kitorang pusing-pusing taman-taman di Kompleks tu dulu sementara menunggu Muzium buka. Lawa pemandangan dari situ.

SDC12880
Aku takde keje memanjat-manjat..hahah

SDC12868
Kompleks AlHussein, Amman, Jordan

SDC12876
Kompleks AlHussein, Amman, Jordan




Masuk dalam muzium, mak, datuk, nenek, moyang, bapak ah, kereta-kereta kat dalam tu boleh buat jantung aku gugur. Pertama kali dalam hidup aku Ferrari dan Lamborghini tak sampai satu meter dari aku. Di dalam kompleks tu memuatkan lebih 80 biji kereta-kereta koleksi King Hussein. King Hussein ni dulu masa dia hidup adalah pelumba kereta.



Antara koleksi kereta yang terdapat di dalam muzium ini. Fuh~


SDC12932
Tuan Hariz dan kereta-kereta kesayangan bersama Pak Luqman, drebar yang setia ;p

SDC12929
mak datuk, ini kereta lawa bangat...


Kereta lumba milik King Hussein. Yang belakang tu, ya! Bukan di depan.




Masjid King Hussein. Aku curi-curi snap walaupun dah kena warning.




Sejam lebih pusing-pusing, kitorang pergi ke Masjid King Hussein. Lawa dol. Barulah aku nampak kecantikan Musim Luruh kat sini sebab kat Irbid tak nampak sangat. Pokok-pokok yang ditanam kebanyakannya tidak terefek oleh perubahan musim. Tapi, sayang tak leh ambil gambar. Sebab-sebab keselamatan kot. Muzium Kanak-kanak kitorang tak sempat nak masuk sebab nak berkejar ke Ashabul Kahfi yang terletak di hujung-hujung Amman.


11.30 a.m.


Perjalanan menaiki kereta [teksi] memakan masa dalam 30 minit. Sampai sana, wow, ni ler tempat mereka yang disebut dalam Quran sebagai mereka yang lari dari pemerintah yang zalim tu tidur selama 300++ tahun. Terdapat masjid baru bersebelahan tinggalan gua dan masjid lama tuh. Menurut pakcik drebar yang baik hati tuh, zaman dulu-dulu, bukit ni, kalau ikut riwayat, penuh dengan pokok-pokok dan kehijauan, namun, seiring dengan peredaran masa, bukit ni dah kering dan gondol. Tapi, sayangnya sebab aku tak hayati leklok masa duk kat situ sebab aku leka ambil gambar. Aku pun tak tahu apsal, mungkin cara baru aku nak tunjuk aku terkejut dan teruja kot, snap gambar, snap gambar. Haha, ganti "Hebatnya" "Lawanya" "Subhanallah" "Wuiyyoo" "Power giler" segala. Duk lepak kat Gua Ashabul Kahfi tu sejam lebih. Pakcik teksi tuh tunggu kitorang. Dia siap jadi tourist guide, kameraman, dan macam-macam lagi. Baik gile dol. Pastu, dia boleh suruh aku bayar ikut suka hati aku. Aku pun bayar 16 JD je.

SDC13038
Gua Ashabul Kahfi, Amman, Jordan

Ashabul Kahfi, Abu 'Alanda, Amman, Jordan
Gua Ashabul Kahfi di Abu 'Alanda, Amman, Jordan

SDC12981
Lubang yang dikatakan masuknya cahaya matahari di dalam alQuran ke dalam gua.


Salah satu maqam yang dikatakan maqam Ashabul Kahfi. Raqm [Gua] Ashabul Kahfi, Abu 'Alanda, Amman, Jordan. Lihat ada cermin tuh.
Kalu bawak lampu boleh suluh, nampak tulang kat dalam tuh. Sayang kitorang tak tahu. Jadi, tak nampaklah. ==!



Di Masjid Ashabul Kahfi, Abu 'Alanda, Amman, Jordan.

Kemudian, bertolak ke Roman Theatre yang sebenarnya berhampiran dengan Balad Amman. Dalam perjalanan, pakcik tu tunjuk ada satu jambatan keretapi yang digunakan sewaktu Zaman Uthmaniyyah yang menghubungkan Damsyik [Damascus], Syria-Amman, Jordan-Madinah, Arab Saudi. Nama jambatan tu "Khaotith AlHadid Hijazi", yang akhirnya menjadikan Amman sebagai stesen utama dan memberikan nyawa semula kepada Amman yang telah musnah dalam bencana alam.

Amman, Jordan
Khotith Hadid Al Hijazi. Landasan kereta api yang boleh dikatakan memberikan semula nyawa kepada Amman.


Lepas tuh, naik ke Roman Theatre tuh. Roman Theatre ni merupakan Teater yang paling besar di Jordan [ada banyak lagi di seluruh Jordan] dan dibina oleh Pemerintah Rom Antonius Pius dari tahun 138-161 M. Terdapat 6000 tempat duduk pada teater purba ni. Bayaran masuk 15 qursh sahaja. Tapi, untuk pelancong luar, 1 JD. Best ler panjat-panjat benda tuh. Lepak-lepak kat atas sekali. Memang puas lah. Masa aku masuk Roman Theatre tuh, aku ada perasan dua orang budak kecik Arab duk lari-lari melompat-lompat kat tempat duduk dan tangga Roman Theatre tuh. Dua-dua pakai baju sama. Kembar kot. Tak kembar adik-beradik. Sampai kitorang balik pun budak-budak tu tak berhenti-henti lagi mem"buas". Hoho. Memang bahaya lah. Mak bapak diorang macam tak peduli pun. Huih.


Roman Theatre, Amman, Jordan. Perhatikan figura-figura kecil di bawah sana. Bandingkan saiznya.

A kid at Roman Theatre, Amman, Jordan
Budak kecik yang tak reti nak duk senyap

Roman Theatre, Amman, Jordan
New Indie Band@ Roman Theatre, Amman, Jordan


Kemudian, masuk ada dua muzium kecil di Roman Theatre tu dan The Odeon, teater yang kecil. Pergi kedai souvenir yang asalnya pasar berusia lebih 100 tahun. Masuk kedai Palestinian, Shamiran Baazar. Harga kedai dia jauh lagi murah dari kedai-kedai lain, malah yang bersebelahan pintu pun! Aku beli buku foto Jordan, kos 9JD dan mozek ada gambar ikan sama macam kat Madaba, kos 5 JD.


Shamiran Baazar [bukan Shamirul tahu], Roman Theatre, Amman, Jordan

Puas hati lepak di Teater tu, kitorang pergi makan. Lepak-lepak kejap. Tak tahu yang Muzium Arkeologi yang ada di Jabal Qal'a tu dah nak tutup dah. Kemudian, teruskan lagi ekspidisi berkaki memanjat anak tangga di lereng Jabal Qal'a tu. Orang lain selalunya naik dengan teksi. Kitorang je yang rajin memanjat. Dahlah tu, silap masuk jalan belakang masa nak naik ke Hercules Temple tu. Sekali lalu bahagian construction, ==!!


PB060258
Memanjat dan memanjat. Di lorong-lorong kecil di kawasan lereng Mount Qal'a


Hah! Amek ko! Silap jalan lalu kawasan construction. Haha.

PB060265
Pemandangan Roman Theatre dari "jalan belakang" ke Hercules Temple, di lereng Jabal Qal'a a.k.a Bukit Qal'a


3.45 p.m.


Pergi ke kaunter tiket. "Closed". "Huh??". Pergi merayu kat polis lagi sorang. "Ok, but only 10 minutes". Kitorang bergegas masuk ke Muzium tuh, bila diminta tiket, "Oh, that guy overthere told that there is no more ticket." "Hrmm, ok, but only 5 minutes." Wahaha, masuk muzium tak payah bayar tiket. Tapi, kejap je la. ==!!

Kemudian, kitorang berjalan-jalan bersiar-siar kat Jabal Qal'a ni. Cool! Ada Hercules Temple yang besar giler bangkung, ada Umayyad Complex [Kompleks Bani Umayyah], Christian Chapel pada 3-4 AD. Memang best lah. Tak banyak sangat peristiwa menarik, tetapi, bersiar-siar kat bukit tuh sendiri adalah menarik.


Archeological Museum, Citadel Hill, Amman, Jordan [maaf. ini bukanlah Si Tanggang yang anda pernah dengar suatu ketika dahulu]


Archeological Museum, Citadel Hill, Amman, Jordan [maaf untuk kali kedua. Lelaki berbaju hitam itu juga bukanlah Si Tanggang ;p]

PB060276
Dari kiri; Pali, Atip, Aku. Tengok batu tepi aku tuh. Jap lagi bandingkan dengan saiz sebenar dia.

SDC13117
Ermm. Cuba korang tengok elok-elok. Gambar atas tuh [atas dari gambar nih] belah kiri aku dan belah kanan Pali tuh ada bongkah batu. Tengok gambar nih. Dapat kesan tak mana satu bahagian dalam gambar atas tuh dengan gambar nih? Nampak tak makcik tuh duduk kat kaki tiang nih?


Temple of Hercules, Citadel Hill, Amman, Jordan [sori, tersilap senget tiang. ;p susah nak amek gambar lengguk sambil tunduk]


Jalan belakang Ummayad Castle, Citadel Hill a.k.a Mount Qal'a, Amman, Jordan

PB060308
Aku dan Umayyad Castle@Mount Qal'a

PB060313 (1)
Melompat.Hahah

Silhoutted di Mount Qal'a [Tiada Editing dilakukan]
Langit senja di Jabal Qal'a yang menggiurkan...sunset yang cantik gile.. [no edited done on those pics][klik untuk besarkan]

PB060286
Bukti Pemerintahan Kerajaan Byzantine.


4.50 p.m.


Kitorang terpaksa pulang. Dah maghrib dah. Ni lah tak best musim sejuk. Aktiviti macam nih terhad. Berjalan menuruni Jabal Qal'a. Naik teksi menuju ke Mujamma' Shamali. Naik bas menuju ke Irbid. Duduk tuh baru lah rasa kepenatan lebih 20 jam berjalan kaki tanpa henti dan memanjat beratus-ratus anak tangga. Sepanjang perjalanan, aku tertidur kepenatan. Serius aku tak sangka yang aku hanya cuti hanya 2 hari dan ianya hujung minggu. Rasa macam 4, 5 hari cuti. Best sungguh. Wohoho.


banner 3

dari kiri; 1-melompat sesuka hati di Umayyad Complex, Mount Qal'a ; 2-Ashabul Kahfi, Abu 'Alanda 3- Tempat duduk paling atas di Roman Theatre.



SDC12968
Kaki yang menapak tanpa henti



Aku suka gambar nih. Prof Luq candid. Aku edit. Jalan-jalan pusing-pusing Roman Theatre.


//Sori, terlebih-lebih panjang. Maaf. Ini adalah percubaan pertama aku menulis travelog, jadi tiada pengalaman menolak gred penulisan aku.