Thursday, February 26, 2009

Turkey, Bulgaria dan Republik Macedonia Cuti Semester Pertama [Part 1]

1st sem break travelling collage



Peperiksaan Bahasa Arab semester 1 tamat. Maka, dengan rasminya, semester 1 berakhir bagi aku. Cuti bermula. Maka dengan ini, akan bermulalah pengembaraan aku di luar Jordan yang pertama. Aku ditemani Hady, Rozaili dan Atiff di dalam pengembaraan ini. Mengikut perancangan yang dipinda berapa kali entah aku pun tak pasti, 29/1, kami akan bertolak kerana 28 haribulan, pada malamnya, diadakan barbeku oleh dan untuk pelajar tahun 1 Jordan Uni of Science and Tech.


Tapi, kalau mengikut perkiraan aku, plan habis musnah kalau pergi 29 haribulan memandangkan plan yang sedia kami bergerak 28 haribulan. Jadi, selepas membakar ayam dan sosej [belakang cerita], kami terus menempah teksi yang akan menghantar kami ke Dimashq. Dan, beginilah ghalibnya yang dibuat oleh budak-budak Irbid memandangkan perjalanan hanyalah mengambil masa 2 jam setengah sahaja biasanya. Pukul 11.30 malam kami bertolak setelah pak cik pemandu menunggu hampir 1 jam akibat program barbeku yang perlu kami lalui [er, kalau orang tak bagi pun, konfem aku nak masuk juga bab-bab makan ni. haha].

29/01/09-Memasuki Syria dan mencari bank di Damascus

Pukul 12.00 malam, kami tiba di sempadan Jordan-Syria dan dengan ini, secara rasminya, sudah 3 negara aku tembusi tanpa mengira Malaysia dan UAE (transit, kalau dikira juga, layaklah kamu panggil aku si keji. heh). Oh lupa, adalah dimaklumkan, teksi yang kami naiki bukan calang-calang teksi, tapi teksi Mercedes Benz, ya? Haha, Malaysia yang lagi maju dari Jordan pun tiada teksi Mitsubishi Lancer, apatah lagi Mercedes Benz. [Er, limousin airport kan ada, kan?]

Photobucket
Aku dengan Mercedes tunggangan. Er, gambar memang disengajakan poyo. Kalau rasa nak kutuk, dipersilakan untuk menunjukkan anda jeles. Haha. ;p (Macam manapun, geram betul gambar-gambar blur ni. Ish!)

Pukul 2.30 pagi, kami selamat tiba di Dimashq atau nama glamournya, Damascus. Damascus merupakan Bandar tertua di dunia dengan menjadi latar tempat kepada peristiwa pembunuhan pertama umat manusia iaitu, pembunuhan Habil oleh Qabil, dan maqamnya terletak di Gunung Qasiyun yang membanjari dan menguasai pemandangan manusia di Bandar Dimashq As-Sham.

Menurut sumber lisan yang didengari, bas ke Turkey sentiasa ada di Damascus, bahkan perkhidmatannya sebermula 3.00 pagi pun. Tapi, apa yang didapati adalah berbeza. Ok, kita ketepikan soal itu dan masuk soal pemandu teksi Syria yang sangat licik dalam membuat helah. Walaupun berulang kali dipesan, tapi, apakan daya, aku tetap insan yang lemah dan tidak mampu menangkis helahan keji pemandu teksi mereka. Haha. Sengal punya pemandu teksi. Ok, mari aku bagitahu salah satu kekejian pemandu teksi Syria pertama, pabila sampai kami di Stesen Bas Haleb, kami yang ragu-ragu kemana menghilangnya bas, lebih ragu-ragu dengan pakcik pemandu pertama. Mula-mula, katanya, bas akan ada pada pukul 10 pagi, kemudian, 10 malam pula. Ok, contoh pertama. Contoh kedua? Adakah patut dia kata, keretapi di Syria tidak bagus, tidak maju dan lembap gila. Tidak seperti di Malaysia, moden. Katanya, untuk tiba di sempadan Syria-Turkey dengan menaiki keretapi akan mengambil masa 24 jam. Padahal, apabila disemak keesokan harinya di stesen keretapi, ia hanya mengambil masa 3 jam saja. Kemudian, tak sudah-sudah berkempen kepada kami untuk membawa kami ke Latakia. Kami enggan. Hotel? Tak mahu juga.

Ok, bawa kami ke masjid. Esok mahu usha sendiri semua ini. Pusing-pusing Damascus, aku dah rasa pelik dah bila aku perasan dari tadi lagi pak cik drebar ni ada pengiring, sebermula kami turun dari Mercedes Benz lagi. [Haha, gelak badan tegap dan tangan cekak pinggang. Bangga sama kau orang]. Ditambah dengan efek seram dan hebat dari cerita-cerita yang dikemukakan oleh Atiff yang pernah melawat Syria bersama keluarga.

[Pelajaran pertama pos ini: Pabila melawat Syria, silalah sangat berhati-hati dengan pemandu teksi yang suka benar menipu orang.Huh, dunia semua tu]

Setelah lama sedikit aku pelik, tiba-tiba sebagai dia tahu aku renung teksinya, sang pengiring melarikan diri. Huh, lega. Tinggal lagi satu penipu besar tengah pandu kami kemana agaknya. Pergi tengok-tengok masjid. Masjid pertama. Tutup. Kedua, tutup. Ketiga, tutup. Tutup dan begitulah berterusan. Lantas, pemandu pertama menawarkan kepada kami untuk menghantar kami ke kawasan yang ramai Melayu katanya. Oh, kami teruja dengan idea bernas itu.

Terus, dihantarnya kami ke Masjid Abu Noor yang bersambung dengan Institusi Syeikh Ahmad Kiftaro yang agak terkenal. Tak tutup katanya. Kalau tutup pun, cuba-cubalah ketuk pintu, panggil Abang Guard. InsyaAllah, dia sudi menolong. Ok, terima kasih pakcik. Kami blah dari pakcik itu. Huh, lega, tamat kisah kami dengan penipu pertama. Terus, ruang yang boleh ditembusi untuk masuk ke dalam bangunan dicari. Diketuk semua pintu. Ok, waktu itu pukul 3 pagi tak silap aku. Argh, hampa. Memang kena tipu. Elok-elok sedang hampa, kami ternampak sebuah kafe siber berdekatan dengan masjid dibuka. Terus, tanpa berfikir panjang, kami masuk ke dalam dengan badan yang letih dan penat memikul beg berat dan bercadang untuk melihat jika wujud jadual bas atau keretapi dari Damascus.

3 am at Damascus

Gambar 1-Kawasan pedestrian tempat aku tidur di depan Masjid Kiftaro 2-Atip sedang mencari mana ruang yang boleh kami masuk. 3-Atif tidur, aku guna komputer di CC. Rozaili snap 4-Hanyalah pintu masjid saja

Mahu dicheck, tapi ada masalah pula. Kena sign up akaun baru boleh tengok. Aduh, gedik sungguh mereka ini. Akibat kepenatan membakar ayam dan mengantuk, Atiff, Hady dan Rozaili [er, ko bakar ayam ke?] tidur di atas kerusi kafe siber sementara aku menggunakan Internet sebelum aku menukar giliran dengan Hady. Kerusi kafe siber pun sedap wei kalau dah penat sangat. Apa-apa pun, terima kasihlah abang cc sebab tak halau kami. Kusangkakan siber kafe akan dibuka sehingga subuh, rupanya ditutup pukul 4. Tempat tidur bertukar, depan pintu pagar masjid, di atas lantai menjadi mangsa. Aku dah penat sangat, diorang tak apalah dah tidur di dalam teksi, aku tidak.Kotor atau tidak, bukan menjadi persoalan lagi.

Azan Subuh, terus kami bangkit, masuk ke dalam masjid dan tidur sekejap sambil menunggu solat. Usai solat, tiba-tiba Hady memanggil kami semua ke belakang masjid. Wah, teruja. Jumpa orang Melayu. Rezeki di kala kesusahan. Bersembang dengannya sebentar. Abang Aziz. Memang pengembara sejati . Bukan mengembara melancong macam kau orang. Dia mengembara mencari ilmu dan pengalaman, juga wang. Terus, diajak pulang ke rumahnya untuk berehat dan janjinya, esok, dia akan membantu kami. Ok, terima kasih.

Pergi ke rumahnya, berehat. Esoknya, misi mencari bank yang boleh Hady keluarkan wang. Aduh, masalah besar. Standard Charted tidak compatible di Syria. Hady memang kering wang ketika itu. Dan, jika benar wangnya tidak boleh dikeluarkan, alamatnya samada dia perlu pulang ke Jordan semula untuk mengambil wang-wangnya atau kami bertiga perlu bersama-sama meminjamkan wang kami yang sedia dalam "peruntukan ketat". Tak apa. Boleh cari punya. Seharian, semua bank yang terdapat di Damascus, telah Hady masuk. 14 bank kesemuanya jika tak silap aku. Hebat betul. Mungkin kamu boleh tanya sama dia, bank mana yang paling best di Damascus. Akhirnya, tak dapat juga. Wang sebanyak 10 EUR lebih yang Hady ada ditukar di Bank Audi. Aku turut sama. Jika mengikut tukaran semasa, kami mendapat 614 lira Syria.

cuti sem 1

Pemandangan di kota Damascus. 1-Buah oren, tak banyak pun. Yang ternampaklah aku tangkap. 2-Basikal tua. Boleh aku namakan bandar ini sebagai Bandar Basikal Tua. Banyak gila. 3-Salah satu kawasan elit di Damascus kot. 4-Entah?

Setelah siap aku dan Hady menukar wang, tiba-tiba, Hady bertanya kepada Brother Aziz, betul atau tidak jumlah yang diperolehinya. Aku memang tak kira berapa banyak aku dapat. Selamba badak saja. Tiba-tiba, mereka yang berempat [Hady, Atip, Rozaili dan Bro Aziz] terkejut dan kecoh. Aku tak layan. Wah, 6014 Syrian lira pegawai bank bagi. Aku pun dipaksa menyemak kembali jumlah yang aku dapat. Aduh, kan bagus kalau tak perasan. Untung kalau Hady tak semak jumlah wang. Haha. 6014 Syrian lira juga. Ok, kami kan jujur. Terus, dengan berat hati kami memulangkan kembali wang itu. [Padahal, aku dah menyesal gila Hady perasan. Haha]

Tapi, masalah Hady belum selesai. Sesuatu perlu dilakukan untuk mengelakkan seorang daripada kami duduk sebelum berdiri, pulang sebelum pergi. Cadangannya, mahu meminta kakaknya memasukkan sejumlah wang dan akan diganti nanti. Terus, kami berkejar ke CC yang kami tidur itu untuk solat di masjid bersebelahannya dan untuk Hady menelefon kakaknya. Malamnya, makan di rumah pelajar Melayu Syria. Terkalah aku dia memasak. Bas kami dari Damascus-Antakya-Istanbul bertolak pada pukul 10 malam. Plan untuk berjumpa Azmir Ali (Ali Setan) terpaksa dibatalkan takut-takut terlepas bas.

Terus, malam itu, kami berpisah dengan pelajar Malaysia Syria yang baik hati.

cuti sem 1

1-Dari dalam bas 2-Bersama pelajar Malaysia di Syria (Aku, aiseh! nasib kameraman. Bro Aziz tiga dari kanan) 3-Candid Hady nak cari bank 4-Contengan dinding banyak sangat di Damascus

30/01/09-Memasuki Turkey dan rezeki bergolek-golek

sumber:www.geology.com

sumber:http://www.mapsofworld.com/

Lebih kurang pukul 2.30 pagi, kami tiba di sempadan Syria-Turkey. Barisan yang panjang, kaunter baru dibuka dan Hady yang memotong dua rakyat Turkey membawa perkenalan kami dengan mereka.Adil dan Mustapha, pelajar jurusan Bahasa Arab di Damascus, Syria. Ada kerja "modelling" di Osmaniye, 2 jam dari Antakya kata 'Adil. Ustaz yang juga model. Wah. Masuk ke dalam bas,'Adil yang fasih berbahasa Arab mengajar aku sedikit sebanyak bahasa Turki yang akan aku guna. Dari bertanya "Dimana tandas? (Nerede WC [wejhe]?) sehinggalah mengira (bir, ike, uc, dort, pesh,..). Dari berkata "Saya Hariz" sehinggalah bertanya "Siapa nama kamu? (Ne Ism-san?).Sementara itu, yang lain kepenatan mungkin, tidur saja meninggalkan aku dan 'Adil.


Pukul 5 pagi, tiba di Antakya, alhamdulillah. Antakya, bandar yang mencatatkan golongan Nasrani pertama kali dipanggil Kristian . Hujan lebat. Kaca tv hebat. Recep Tayyip Erdogan membidas Israel disiarkan di kaca television. 'Adil benar-benar teruja. Diterjemahkan kepada aku apa yang berlaku. Semangat sekali."Shibih Tadhrobul-Uthmaniyyah Masyhurah[Bagai Tamparan Uthmaniyyah yang Masyhur - Merujuk kepada tamparan Sultan Abdul Hamid Kedua kepada Yahudi, mungkin. ]".

Usai solat Subuh, kami berbincang. Bertanya 'Adil akan rancangan aku. Elok saja aku bercerita dan menyebut perkataan "InsyaAllah, ana mumkin ruh ila Makedonia (versi 'ammiyah) /InsyaAllah, sa azhabu ila Makedonia (versi fushah) [InsyaAllah, mungkin aku akan pergi ke Macedonia (versi BM)]", tiba-tiba, ada seseorang menyambut di belakang. "Enta yujad visa? [Kamu ada visa?]"

Kami menoleh. "Ana 'Amir, min Makedonia [Saya 'Amir, dari Macedonia]". Juga pelajar dalam kursus Bahasa Arab di Syria. Lama kami bersembang, diberinya nombor telefonnya di Makedonia. Mungkin aku perlukan pertolongannya. Wah, rezeki. Alhamdulillah. Oh, lupa ditulis, 'Adil telah menawarkan untuk tidur di rumah rakan-rakannya di Istanbul dan di Bursa.Juga sudah dihubungi rakan-rakannya. "Jimat wang", katanya. Rezeki datang bergolek-golek.Baru saja mengenalinya pagi buta tadi di sempadan, sudah dilayan sebegini baik.


Asam rempah kehidupan. Mediterranean lemon.
Ketika makan pagi bersama 'Adil dan Mustapha

working. life is paradox.
Pakcik dalam hujan



Bas dari Antakya ke Istanbul akan mula bertolak pukul 11 pagi [er, atau tengahari?]. Aiseh, lama betul perlu menunggu. Disewa teksi, 'Adil membawa kami meronda-ronda "pekan" Antakya. Ah, pekan Antakya itu besarnya lebih kurang dengan "Bandar" Irbid saja. Mungkin lebih. Namun, dalam hujan itu terserlah kepermaiannya.

old wagon in a rainy day
Hari hujan di Antakya


Oleh kerana hujan, aktiviti kami agak terbantut. Pukul 10.30 pagi, kami menaiki bas mini untuk ke Terminal Bas Antakya semula dan berpisahlah kami dengan 'Adil dan Mustapha.

Pukul 11.00 tengahari, bas bertolak. Sidi, pelajar tahun 2 dan rakan-rakan menaiki bas sama dengan kami untuk menuju ke Istanbul. Perjalanan agak panjang. 20 jam lebih kurang. Namun, keindahan alam di kiri kanan jalan menghilangkan kebosanan. Muka bumi berubah-ubah, namum tiada kesan muka sang hipokrit langsung. Dari bentuk muka bumi hutan tak berdaun (daun kan dah luruh?), kepada muka bumi bergurun kasar, anak sungai kecil, terus kepada padang hijau yang luas dan terus berubah-ubah. Maha Suci Allah. Apa yang menarik juga ialah perkhidmatan bas di Turki gayanya serupa bagai kapal terbang. Lengkap dengan pramugara dan hidangan minuman dan juadah ringan.

Lebih kurang pukul 3 pagi, kami tiba di perhentian bas di Istanbul Asia. Wah, lama betul perjalanan. Elok saja kami tiba, Mehmed, rakan 'Adil yang aku hubungi tiba beberapa minit kemudiannya. Kesian Sidi dan rakan-rakan yang blur di pagi itu dan tersilap turun mengikuti kami. Haha. Kami dijemput dan dibawa ke rumah rakan mereka di Ca' muzia, Istanbul Asia.

cuti sem 1
1-Bilik yang menjadi tumpangan kami di rumah kawan-kawan Adil 2-Sarapan pagi di Jamiah Islamiah (percuma) 3-Menumpang kenderaan mereka 4-Entah, macam menarik saja



30/01/09-Kali Pertama Memasuki Benua Eropah

Esoknya, bersarapan di universiti mereka, dan terus dibawa berjalan dengan menggunakan kenderaan universiti mengunjungi tempat-tempat menarik di Istanbul. Tepat pukul 12.01 tengahari 30/01/09, kami dengan rasminya, melintasi Jambatan Bosphorus, yang menjadikan Istanbul terkenal dengan slogan "Meet Istanbul, where Europe meet Asia". Sepanjang perjalanan, apa yang aku perasan ialah, di Turki, terdapat terlampau banyak bendera dan di Istanbul, terdapat terlampau banyak masjid. Duduk di dalam kereta di tengah jalan raya membolehkan anda melihat 3, 4 kubah dan minaret masjid sekaligus. Terlampau banyak sehinggakan mereka tidak mengetahui nama sesebuah masjid itu kecuali ianya punya cerita dan popular.

Kawasan pertama yang kami tuju ialah Sultanahmet, dimana terletaknya Sultanahmet Camii (Masjid Biru), Topkapı Palace dan Ayasofya (Hagia Sofia-Gereja yang ditukar menjadi masjid dan merupakan tempat pertama Sultan Mehmet al-Fatih solat setelah membuka Constantinople). Semuanya dekat-dekat.

cuti sem 1

1-Memasuki benua Eropah melalui Jambatan Bosphorus 2-Istanbul bawah kasut buruk Rozaili ;p 3-Rozaili poyo di Sultanahmet Camii 4- Aku tertindas gambar tak cun

cuti sem 1
Sedikit pemandangan Topkapi Palace

Most rushing while some waiting. That's life.
dari dalam Topkapi Palace

Solat Zohor di dalam Masjid Biru, kemudiannya masuk ke dalam Topkapi Palace. Masuk melilau-lilau sebentar. Topkapı Palace ini adalah istana rasmi Sultan pada zaman khilafah Uthmaniyyah dari tahun 1465 hingga 1853. Seterusnya, kami pergi ke Masjid Eyup, di mana terletaknya maqam sahabat Nabi yang memainkan peranan besar di dalam sirah Hijrah Nabi ke Madinah. Sejarahnya maqam Ayyub Al-Ansari tercampak jauh ke Istanbul adalah kerana Rasulullah S.A.W pernah bersabda, pemerintah yang membuka Kota Constantinople adalah sebaik-baik pemerintah dan askarnya adalah sebaik-baik askar. Lama sebelum Sultan Mehmet Al-Fatih membuka kota ini, sudah ramai pemerintah Islam cuba menguasainya termasuk Saidina Umar Al-Khattab. Manakala Ayyub Al-Ansari ini pula adalah salah seorang daripada gerombolan yang mengikuti Umar. Terus, syahidnya di bumi Turki dan dikuburkan di sana. Dan, daerah dimana terletaknya masjid dan maqamnya itu dinamakan Eyup.

Setelah selesai Mehmed, Anas dan Emre solat Asar, dan kami selesai menangkap gambar budak di bawah ini, kami bergerak ke destinasi seterusnya. Miniaturk. Bukanlah tempat yang menarik sangat pun, hanya ada miniatur-miniatur tempat-tempat menarik di serata Turkey, dan penerangan audio yang agak jelas padanya. Tapi, malaslah nak dengar semua. Kami 'on'kan audionya, kemudian, selepas dua tiga ayat, blah. Haha. Cuaca semasa kami di Miniaturk agak ekstrim. Sangat sejuk dan tajam anginnya. Rasa mahu berdarah dan tercabut hidung. Aiseh, jangan gelak. Seksa wa cakap lu.

Masuk dalam van Jami'ah Islamiah, Mehmed mengatakan yang dia tidak dapat memberikan kami tempat tidur percuma kepada kami malam itu. Dia perlu pulang ke universiti dan membuat persiapan untuk peperiksaan keesokan harinya dan dalam masa lima hari mendatang. Oh, belum aku tulis yang sebenarnya, mereka akan menghadapi peperiksaan keesokannya. Namun, mereka sanggup bersiar-siar bersama kami yang baru saja dikenali, itupun melalui rakan mereka yang juga kami baru kenali. MasyaAllah. Baik betul mereka ini.


cuti sem 1

1-Dalam Sultanahmet Camii 2-Ayasofya 3-Rozaili dengan Anas dan Mehmed 4-Aku dengan Sultanahmet Camii


Tak mengapa, kami pun memang sudah naik segan menyusahkan mereka. Terus kami dibawa ke Masjid Sulaymaniye, makan malam dan solat di situ sebelum mencari hotel sebagai tempat tidur kami hari-hari seterusnya. Sudah terlampau banyak kali mereka menolong kami dan membelanja kami. Segan sungguh.

cuti sem 1
1-gambar tiang lampu. Aku rasa ramai yang dah tengok versi B&W di sini, kan? 2-Miniatur Kota Bam, amacam? 3-Masjid Sulaymniye dalam baikpulih 4-Pokok depan masjid Eyup Al-Ansari dipenuhi merpati

Mencari hotel dimulakan di Sikerci dan berakhir di Sultanahmet. Yakamoz Guesthouse, pusat kami seterusnya. Kepada yang bakal melawat Turkey, di kawasan Sultanahmet ini memang terdapat banyak hotel murah. Kami berpisah di situ dan memulakan episod baru di dalam kembara ini. Malam itu, berjumpa dengan pelajar Malaysia di Mesir dan Rusia.

pinkie small child
Budak kecil di masjid Eyup.


31/01/09-Perjumpaan Yang Misteri

Kami keluar bersiar-siar di tepi selat Bosphorus. Sangat cantik. Sangat banyak burung-burung camar dan merpati, juga itik yang berlegar-legar di tepiannya. Melihat Kiz Kulesi yang jelas dari situ, Jambatan Bosphorus yang terkenal dan berehat sebentar kerana kami belum pasti ke mana akan kami tuju sebentar lagi.

Kemudian, telefon berbunyi. (Oh, sebenarnya, kami membeli nombor baru sepanjang di Turkey atas saranan 'Adil.) Nombor Turkey, tidak aku kenal. Namun, suaranya bagai aku kenal.

"Araftu man ana? [Awak kenal siapa saya?]"


Ah, main cak-cak pula. Siapa dia ini? Mahu tahu lebih lanjut? Tunggu sambungan akan datang. Haha. Bagi suspen sikit macam sinetron Indonesia.


Bersambung dalam bahagian 2...


1st sem break travelling collage

21 comments:

Anonymous said...

hehehe...!
banya fakta salah(x byk sgt pon dalam 3,4 je)
yang paling ak x puih ati..
bukan ak yg potong 'adil tu
hadi yang potong...(nk kne siat2 ni)
cerite byk skip...
hahaha..
org yg x lalui cnferm x fhm..

Huda Saffry said...

aaaaaaaaaaaaaaaaaa
[speechless]
ok x? hahaha

hariz hariz
kau da gemook!! hak3

ouh ouh ouh
ending die x boleh blaaa
ak x suke sinetron indonesia
hehe

h a r i z, H said...

Rozaili

ah Rozaili, diam ah kau. haha.

huda
bapak selamba kata aku gemuk. ish, sape yang ajar neh?

Anonymous said...

riz. kt turki bfast mkn buah sitrus je ke? haha. gle culture shock kot aku join ko.

h a r i z, H said...

amar

tak de ah. lemon tu untuk perah dalam sup. haha.

diorang punya breakfast tipikal. ada keju putih yg tak bape best. ada roti, ada buah sikit. selalu zaitun la. kdg2 ada madu. pastu, minum teh.

kalu takde bende aku sebut kat atas tu maknanya ada sup. dan juga teh.

Anonymous said...

best gle pengembaraan korang=.=...jeles=.=..
btw, cpt sket part II..

first time singgah :D

h a r i z, H said...

arebichan

haa.nak cepat2, bayar r.haha.
malas lagi ni. sabar2.

Anonymous said...

wah..beznye brjln2 kt ngr org...menarik2.jauh perjalanan luas permandangan n banyak pengalaman.

h a r i z, H said...

nisa'

alhamdulillah. rezeki dari Allah. ada peluang, mengembaralah juga. dapat buka minda dan perspektif melihat dunia.

baby doctor said...

cantik..menarik
aku paling tertarik part turki tu
dari dulu nak pergi sana
still, takde rezeki lagi
nwayh, hopefully we all dpt implement d same courtesy that the turkish show to guests. (boy, u guys r even strangers..and their layanan..) suspek! kasi tabik springg skett!

bila tah ko nak sambung ni
u're not waiting for another approval are u?
coz i dont think u even need one, seeing ada orang tu cerita naik basikal satu hari pun dah berjela2

=P

write more. coz i dont know who's behind the phone~

(sengih senget)

h a r i z, H said...

kameel

erm, part turki tu memang menarik dan manis utk dikenang, tapi, part sebelum tu, boleh jadi syok sendiri kalau dikenang! mencabar! and, i've gone through all of that walaupun ada banyak gak perkara dipotong! haha

tengoklah aku sambung bila ada masa, sibuk oo sekarang, balas komen ko ni pun dah lambat gila...aih, penat gak...

joegrimjow said...

waaahhh
jauh pengalaman...

h a r i z, H said...

waah,
bro ni mmg psiko ka hapa?
baru je smlm baca blog bro byk2 x tinggal komen satu pun, hari ni, komen bro lak ada kat sini...
wawawah...cuak seyy =p

cik.siti said...

cuaca.

haha! aku sangat ingat macam mana aku menggigil kat istanbul.

aku takkan lupa. itu negara paling sejuk pernah aku pergi. sengal!

angin mediterranean, aku takkan sentuh kau lagi! :P

h a r i z, H said...

haha, tu baru Turkey, ko tak try lagi kat Bulgaria. Itupun ko dari Malaysia, tak biasa sejuk2. aku masa tu Jordan 4 degree pun lek je aku pakai selapis T-Shirt, masa g Bulgaria, aku pakai dah 4 lapis dah (takde sweater yg betul2 tebal), rasa macam nak berdarah kulit muka. tajam gila angin dia. sejuk dan nak melambung.

a.b geldofg said...

wah! bst gila!

en_me said...

bestnyerr jalannnns.. ehehe, salammms dr me dikejauhannns

h a r i z, H said...

hehe, rezeki ada

alhamdulillah...

kawan rozaili said...

dulu2 orang syria baik2 dan tak kuat menipu;sama macam orang2 yang kau jumpa di turki.tak kisah sama ada dia pemandu teksi atau penjual roti.semua baik2 belaka.sampai satu ketika,kerajaan berubah,dasar berubah,kos sara hidup yang meningkat secara mendadak menyebabkan rakyat jadi terdesak.maka kala itu juga bermulalah kisah 'pemandu teksi syria yang kuat menipu'.

p/s:
1-aku tak pasti bila dan apa yang berlaku,tapi apa yang pasti ialah pada suatu ketika syria pernah dilanda masalah sehingga menyebabkan kos sara hidup melambung.maka untuk meneruskan hidup,rakyat jelata mula pandai berhelah untuk 'mencari sesuap nasi'(makanan ruji di syria bukan nasi,jadi ungkapan ni tak berapa tepat sebenarnya).

2-fakta ini diceritakan oleh seorang arab syria kepadaku.tak dapat dipastikan kesahihannya.

h a r i z, H said...

kawan roz,

oh ye ke. herm. padanla. memang orang syria baik2. tapi, bila sampai bab duit, haaa. and it really do makes sense. terima kasih untuk fakta itu. tapi, boleh aku dapatkan butiran sdr, bila dia bagitahu dan dimana supaya lebih kukuh fakta tu dibawa oleh aku?

Unknown said...

Perkongsian yang best! Taknak update blog dah ke? Hee