Saturday, March 27, 2010

Turkey, Bulgaria dan Republik Macedonia Siri 5 (Bulgaria)

6 pagi, Stesen Bas, Sofia, Bulgaria

Kami tiba di Stesen Bas Sofia, Bulgaria pukul 6 pagi. Gelap lagi. Sejuk sangat-sangat. Aku pun dah lupa berapa degree celcius. Yang konfem, negative degree. Dah setahun lebih dah kan baru aku tulis balik ni? Haha. Kesejukan melampau membuatkan aku pergi cari tempat berlindung. Pak cik Kurdish tunggu saudara dia. Kami masuk ke dalam bangunan utama terminal. Masuk, blur lagi, tak tahu nak buat apa dan tuju ke mana. Ini memang takdak pengalaman punya traveler. Pastu bajet adventure. Haha. Tak lama kami tunggu tu, ada makcik datang kat kami dan offer kitorang accomodation. Aku dah lupa nama tempat tu pasal brochure dia bagi dah hilang. Harga agak reasonable, jadi, kami setuju. Masa nak letak bag dalam kereta dia, baru aku perasan satu beg plastik aku - beg souvenir tak ada. Damnit! Tertinggal dalam bas. Terus aku bergegas tempat bas tadi dan bas tu dah tak ada di situ dah. Adoi. Aku tanya kaunter, dia kata, datang balik pukul 10 pagi. Bas yang sama akan ada di situ, untuk balik ke Istanbul. Ok, kami ikut makcik tu dulu untuk ke tempat dia untuk berehat sekejap.

Masa kami nak daftar, dia tanya nama. Aku sebut, "Muhamad Hariz". Makcik tu terkejut? "Muhammad?" "Yeah" "Musliman? (org Turki sebut macam ni jugak)" "Yeah". Dia pun senyum sinis.

Tempat rehat kami sebenarnya rumah dia, yang sebahagiannya diubahsuai menjadi motel. Agak cantik dan luas, tapi tilam keras. Water heater, tv semua ada, tapi, semua dia dubbing bahasa Bulgaria. Rehat kejap dan tunggu waktu nak kejar stesen bas. Rumah dia dah la agak jauh dari stesen bas. Dia ada bagi peta, tapi black and white, print atas kertas A4. Kami mintak lagi satu, dia kata 1 EUR. T_T Takpela makcik kalau kedekut sangat.

Dan, atas sebab-sebab tak dapat dielakkan dan tidak dapat dinyatakan di sini, kami terlambat untuk kejar bas. Dalam pukul 9.30 pagi, baru keluar. Ingat nak ambil trolley bus, tapi, aku pun tak tahu route dia. Jadi kami jalan kaki. Ataupun, better said, lari-lari anak. Dan kami separa sesat di kawasan perumahan tu. Orang pertama aku jumpa, pakcik tua. "English?" "Nicht, sprechen Deustch (Tak, cakap Deustch (Germany))" Aduh! Vocab Deustch aku terhad. Dia tunjuk jalan, tapi tak paham. Jumpa pulak lagi satu watak penting, minah kerek. "English?" "Yes". Pastu terus dia masuk kereta. Ha? Bapak ah. Dia ingat apa motif aku tanya. Kitorang redah kesejukan pagi tu dan aku pun tak berapa ingat sangat macamana akhirnya kitorang boleh sampai ke stesen bas tu. Ambik masa dalam 45 minit jugakla berjogging walaupun makcik tu drive tak sampai 10 minit pun. Sampai-sampai, bas takde. Kemudian, aku pergi tourist center yang ada berdekatan, minta tolong diorang. Diorang tolong dan tanya nama aku, untuk rekod. "Muhamad Hariz" "Muhamad?" "Yeah" "Musliman?" "Yeah" Mamat friendly dan kakak hot tadi dah lain sikit muka. Siot. Takpelah, asal beg aku dapat. Esok pagi, datang sini, dia kata. Ok.

Sejarah dan Geografi Sofia, Bulgaria.

Sofia terletak di kaki Gunung Vitosha dan merupakan bandar ke-12 di dalam European Union. Dan Selanjutnya, boleh baca sini. Sori, aku malas tulis.

Setelah selesai masalah beg, kami bertanya kakak cun akan tempat-tempat menarik di Bulgaria. Terus, dia tanya kami, apa yang kami berminat. Budaya? Nature? Monumen sejarah? Tapi, selaku traveller beginner, kami tak dapat jawab soalan tersebut dan dia tak memberi respon yang bagus. Dia bagi kami brochure percuma dan peta. Kami jalan kaki. Pusing-pusing kejap, tengok bandar dia. Nampak makcik dah umur macam 60-an rambut hijau hisap rokok, minah pakai tebal-tebal baju, tapi pakai skirt je, orang Cina ke orang mana yang aku senyum, dia buat tak tahu je, orang photoshoot model tepi jalan dan macam-macam lagi ragam. Pergi Masjid Sofia, satu-satunya masjid di Sofia, dibina oleh Mimar Sinan, arkitek agung pada zaman Turki Uthmaniyah.

Religion
Masjid, gereja dan synagouge Yahudi di Sofia, Bulgaria.

Di sekitar masjid, ada beberapa bangunan agak menarik, tapi, aku dah lupa nama dan fungsi dia. Ada juga paip air mata air. Ramai penduduk tempatan ambil air tersebut, tapi sebab kami tak dak ilmu, kami tak tahu tu air mata air. Dahlah atas booth dia ada tanda salib, kitorang ingat holy water ke ape ke. Hahaha. Bangang dan paranoid sungguh aku. Jadi, kitorang tak ambik. Aku masuk masjid, terus solat zohor. Kemudian, tanya abang yang lepak di masjid kedai makan halal. Dia cadangkan kami untuk ke kedai Aladdin. Dimiliki orang Arab Syria. Boleh tahan la sedap dan agak berbaloi dengan harga. Kemudian, aku tanya waktu solat, baru aku tahu tak masuk lagi zohor. Sejam lagi ada. Erk.

Pusing-pusing, patah balik semayang zohor semula dan jama' asar, jumpa mamat Turki dua orang. Belajar medik di Sofia. Aku tanya dia kat mana boleh cari cenderahati dan baju Bulgaria yang smart2, dia bawak kitorang pergi ke pasar. Bahasa Inggeris dia sangat lemah, tapi, tak jadi masalah besar untuk berkomunikasi. Pusing-pusing pasar, tak ada sangat. Banyak baju sejuk je. Kemudian, kami jalan-jalan merata, dalam sejuk, ada sorang mamat datang tolong. Dia bawa pusing kawasan sekitar, bawa masuk University of Sofia. Macam museum aku tengok universiti dia. Lawa. Kemudian dia ceritakan sejarah-sejarah Bulgaria yang aku dah tak ingat dan malas nak rujuk balik. Sejam lebih jugak kot jalan-jalan dengan dia.

Kemudian, lepas pisah, aku dan Rozaili nak pergi ke National Palace of Culture. Dalam 40 minit jugakla jalan kaki. Sampai-sampai, kosong. Banyak vandalisme sekitar tu. Conteng-conteng grafiti. Kemudian, aku tanya sorang brader-yang-aku-dah-lupa-nama, dia kata, tempat tu hanyalah digunakan untuk occasion-occasion tertentu saja. Hari-hari biasa, kosong. Kemudian, dia bagi aku brochure yang sangat banyak. Dan dia bawak kitorang round untuk Sofia untuk kesekian kalinya. Ini part best.

Dia bawak aku masuk gereja buat pertama kali dalam hidup aku. Kemudian, dia cadangkan aku untuk duduk bertafakkur setengah jam dalam tu. Aku kata, hehe, takpelah, lain kali. Kemudian, aku tanya dia beberapa soalan tentang lambang. Kemudian, dia tunjuk lambang yang sama ada di tabung gereja tu. Kemudian dia kata, ha, ko sedekahlah sikit. Aku pun kata, takpelah, aku takde duit. Cuak aku. Dahlah aku tak tahu hukum dia apa. Hehe. Kemudian, dia bawak aku pergi National Library of Bulgaria. Tapi, sayang, tak boleh masuk sebab dah lambat walaupun dia cuba untuk menyelinapkan kami masuk. Seterusnya, dia bawak kami pergi ke pertunjukan seni. Pertunjukan seni (Art Exhibition) memang sangat banyak di Sofia, sehinggakan ada satu pejabat information untuk event pada minggu dan bulan tersebut. Hampir setiap hari, akan ada event. Jadi, yang kami pergi hari tersebut ialah pertunjukan oleh mamat yang pergi ke kampung di Brazil. Macam-macam jugak la. Ada video, aku tengok, sebijik dah macam kampung di Malaysia. Mamat tu semangat tunjuk pisang. Hehe. Lepas tu, semua orang minum. Ada arak free. Kata mamat yang bawak kitorang tu, orang Bulgaria suka pergi event macam tu. Selain minat pada seni, diorang boleh bersosial, dan yang paling penting, dia kata, ada wine percuma. Haha.

Dia pun offer kat aku wine. Terkejut aku. "I dont drink". "Well, try this for the first time. It's Bulgarian wine.It's famous" "Sorry" Banyak kali la jugak dia suruh aku. Macam desak dah. Pastu, ada air takde warna. "Is this mineral water?" "I think so" " if it is, then i would drink this one" "Wait. No, it's white wine",lepas dia cium bau. Bahaya betul. Nyaris-nyaris. "I like red wine. It's good for health" Busuk dah mulut dia bau wine. Takut aku terpecik masuk mulut aku.

Bila dah habis event tu, dia bawak aku pergi cafe. Mulanya dia nak belanja sandwich, tapi sebab aku tak pernah ada pengalaman, aku tak berani. Minum teh je lah. Lepas tu, beli buku dan aku balik. Akhir sekali baru dia tanya, "I know there are many religions in Malaysia. There are Buddha, Christian, Hindu and Islam. But, what are you?" "Islam" "Oh". Mamat ni memang cool.

Pukul 8 malam dah macam pukul 2 pagi di Kota Bharu dah gaya. Gelap. Langsung tak ada orang. Cuak aku jalan sorang-sorang. Ambil teksi di stesen bas, balik ke motel. Tapi, driver taxi buat perangai siot. Saja pusing jauh-jauh.

SDC14932: A place to sleep

Maka, berakhirlah hari pertama di Sofia yang penuh dengan pengalaman. Ok, aku sambung lain kali. Maaf kalau tak menarik nak mampus pasal aku dah lama tak menulis dan malas nak edit. Ok salamat, bersambung....