Wednesday, September 2, 2009

Turkey, Bulgaria dan Republik Macedonia Siri 4 (Bulgaria)


GAMBAR UPLOAD ESOK! NAK TIDUR SEKARANG NI

Masalah, masalah dan masalah!

1st sem break travelling collage




Kisah di Greece

Kami memasuki sempadan Greece-Turkey dengan hanya ada tiga gerabak keretapi. Kepala, satu badan dan satu ekor. Yang lain, semua ditinggalkan di sempadan Turkey. Oh, ada enam orang kesemuanya di dalam keretapi. Makcik penyapu, abang pilot keretapi dan kami berempat. Fuh. Macho betul. Orang lain tak ada. Tiba-tiba, keretapi berhenti. Perh. Apa lagi, cek passport la. Abang polis Greece yang tinggi masuk ke dalam keretapi dan memulakan perbualan dengan mesra. Mana passport? Kami bagi. Mana visa? Ha? Takde.

"Follow me to the office,"abang polis tu dah muka pelik.

Aku dengan tenang dan tanpa rasa bersalah mengajak teman yang lain. Sebelum itu, pemandu keretapi campur tangan sebentar dan bercakap bahasa yang aku tak faham. Tapi, aku yakin depa tak mengumpat aku tak hensem dan busuk. Itu aku yakin.

Setelah kami memasuki pejabat polis kastam tersebut, dia bertanyakan kami tentang visa. Apo mondo tu? Aku fikir tak payah guna visa masuk Greece. Selama ni Muneer, Bro Jhaz masuk tak ada la pula diorang bagitahu. Aih, pelik. Tapi, aku tak cakap apa-apa selain dari, "We don't have one". Dia pun menyoal siasat kami. Dan aku menerangkan plan perjalanan kami. Masuk Thessaloniki, naik ke Macedonia, turun ke Thessaloniki semula, pergi Athens, dan pusing sekitarnya sebelum balik ke Istanbul semula dan meneruskan perjalanan ke Jordan. Dia tanya aku, ada tak tiket ke Macedonia? Aku jawab, nak beli on the spot. Reservation room sementara di Thessaloniki? Tak ada!

Dia kata, tak boleh macam ini. Aku perlu ada salah satu daripada dua perkara tersebut; visa atau dokumen perjalanan yang sah. Aku pun minta pinjam internet nak tempah bilik ataupun tiket, dia kata, tak boleh. Mana boleh tempah masa ni dah. Bila tengah bincang tu, ada perkara yang sangat menjengkelkan. Ada sorang lagi abang polis yang kami panggil, Abang Get Out. Dia merupakan antara hidupan yang paling menjengkelkan dalam hidup kami. Tengah aku cakap dengan polis pertama, bila dia tengok ada budak lain masuk dia jerkah,"Get Out!". Bila polis pertama kata aku tak boleh masuk Greece, dan kami keluar dari bilik dia, bila kami nak cakap lagi dengan polis pertama, Abang Get Out sound lagi,"Get Out!". Adalah tujuh lapan kali dia ulang "Get Out!" Itu saja kot perkataan Inggeris yang dia tahu.

Masa tu, memang kami betul-betul tension. Hairan. Aku tak puas hati, nak cakap lagi dengan polis tu. Tapi, Hady kata tak payah. Dia cuak takut terjadi apa-apa. Kalau kena masuk penjara kastam, susah. Pernah ada kenalan dia yang kena masuk penjara kastam untuk beberapa hari kerana salah faham, menurutnya. Cerita-cerita macam ni memang membantutkan semangat yang membara-bara dan ke-tension-an yang melanda. Semua bengang.

Akhirnya, gerabak keretapi yang membawa 6 penumpang termasuk pemandu dan tukang sapu patah balik ke Istanbul. Semua diam. Masuk bilik lain-lain (ada banyak bilik kan satu gerabak, lepastu ada empat orang saja pula dalam gerabak) dan lepas tension sorang-sorang.

Pukul 8 pagi naik keretapi di Istanbul, pukul 10 malam tiba kembali di Istanbul. Oh, pukul 8.30 malam baru kami tahu yang sebenarnya atas kepala kami ada 4 lagi katil yang boleh dibuka. Aduh, berjam-jam duk dalam keretapi baru tahu bila sudah naik sampai Istanbul balik. Memang sengal.

Istanbul

Sampai di Istanbul, cuba menghubungi Saami, tapi tak berjaya. Akhirnya patah balik ke Gedik Pansiyon (haha, memang macam tu ejaannya. Tapi bacaan e pepet. Macam e di dalam pendek.)

Semua masih pening akan kenapa kami tak boleh memasuki Greece dan cuba mencari punca sebenar. Bro Jhaz kata, pelik betul benda macam ni. Sememangnya, passport Malaysia adalah passport merah yang mempunyai akses kepada banyak negara dengan mudah tanpa visa.

Sambil itu, masing-masing cuba mencari alternatif lain kepada plan kami yang sedia ada. Antara plan yang dipertimbangkan ialah meneruskan perjalanan menjelajah bahagian lain Turki, ke Bulgaria memandangkan faktor geografi, ke Mesir memandangkan faktor kewangan Atiff yang kelihatannya tidak stabil dan mengambil langkah berjaga-jaga (Atip dan Hady risau tak boleh masuk Bulgaria).

Sebenarnya, aku dan Roz pun belum yakin kami boleh memasuki Bulgaria tanpa visa walaupun segala sumber yang dirujuk mengatakan tidak ada masalah. (Kementerian Luar Malaysia, cek visa melalui internet, Bro Jhaz, En Hasmat<-- tak tahu dia kata sebab tak boleh cek dengan kawan dia pekerja kedutaan Bulgaria - no telefon tertinggal di pejabat,beberapa pekerja stesesn bas dan beberapa sumber lain lagi). Namun, beberapa pekerja stesen bas mengatakan kami memerlukan visa (ni konfem main bedal suka hati dia saja) Keyakinan masih rendah memandangkan kami tidak dapat menghubungi Kedutaan Malaysia di Turki dan Hungary (cover Bulgaria sekali) memandangkan hari itu hari Sabtu. Kalau nak tunggu depa buka pejabat, memang membazir hari la tunggu Isnin. Brader ejen pelancongan tempat aku tanya tu cakap bodoh-bodoh saja. Lepas tu dia kata, "Why is it so important? it just Bulgaria, man! The worst country in Europe. It's not me who vote it, but it's been voted by European".Gulp!

http://www.nationalarchives.gov.uk/

Tapi, aku dan Rozaili nekad akan ke Bulgaria juga manakala Atiff dan Hady membeli tiket penerbangan ke Mesir. Tak lepas, patah balik, kalau lepas, nasib baik. Jadi, kami berpecah. Atiff dan Hady mencari langkah selamat untuk ke Mesir di mana terdapat ramai (err, terlampau ramai kot) kawan-kawan kami di sana. Oh orang Melayu memang sangat ramai di Mesir manakala aku dan Rozaili mengambil langkah yang boleh dikatakan berani juga boleh dikatakan bodoh. Tapi tak mengapa, adventure sikit.

BULGARIA, Land of Roses


http://www.geographicguide.net/europe/maps-europe/maps/bulgaria-map.gif

Aku terus ke stesen bas dan membeli tiket bas ke Sofia, Bulgaria. Masa aku masuk cybercafe aku nampak orang Turki lepak dalam kafe siber macam lepak depan komputer di rumah dia saja. Dahlah lama, sekejap main game, sekejap main internet, sekejap tengok movie. Ya, orang yang sama. Pelik betul. Nasib baiklah juga aku ke kafe siber sementara menunggu waktu bas bertolak. Masa aku online, aku bagitahu Bro Jhaz, dan dia kata di Bulgaria, susah nak jumpa tulisan Roman, banyak tulisan cyrillic saja. Padahal bas akan bertolak dalam masa setengah jam saja lagi, baru aku tahu. Terus aku cari cara membaca tulisan cyrillic dan salin semua hurufnya dalam buku catatan aku dan cara membacanya. Praktis lepas ni. Wargh! Pening kepala macam ni. Bukan senang nak baca bai kalau belajar baca satu malam saja.

Bas meluncur. Masa aku naik bas, ada seorang pakcik tegur, "Duduk-duduk tuan tuan adik-adik". Err, memang dia tegur dalam Bahasa Melayu. Perh, terkejut aku dibuatnya. Sudahlah tak ada pelat. Muka bukan muka Melayu. Kemudian kami bersembang. Dia ni orang Kurdish, kampungnya di Utara Iraq tapi ramai saudara dia di Turki. Oh, semua tahu kan yang bangsa Kurdish tidak diberikan negara oleh penjajah British dan bangsanya dipecahkan kepada beberapa negara. Pakcik tersebut merupakan pensyarah di Melbourne, Australia. Dia belajar bahasa Melayu dengan komuniti Melayu yang terlampau besar katanya di sana. Dan, pada malam itu kami banyak bersembang mengenai sejarah dan kutuk orang Filipina sebab beragama Kristian. Dia ni mantap, tahu semua tempat di Malaysia (Kota Bharu pun dia tahu di mana walaupun tak pernah pergi!), sejarah kita, sejarah dia dan Australia. Kemudian, dia kata belajar di Jordan tak bagus! Haha, ambil kau. Malangnya aku tak ingat nama dia, rupa saja aku ingat. Maklumlah berapa ramai orang aku baru kenal sepanjang perjalanan. Tapi, rupa dia memang aku ingat. Impressed bai dengan pak cik tu!

3 pagi. Sempadan Bulgaria-Turkey.

Aku bangun tidur. Untuk cek passport. Malas aku masuk kedai bebas cukai. "There are only yaackies inside there," kata pakcik Kurdish. "Yeah, cigarettes and chocolates". Sembang nampak syok sebelum aku melalui pos yang seterusnya.

Pakcik polis kastam Bulgaria yang gemuk nampak tanda pembatalan kami memasuki Greece dan bertanya, kenapa? Aku cuba menerangkan, tapi mamat tu tak faham English pun. Aku terangkan separuh jalan, dia tangkap satu perkataan dan dia suruh berhenti. Kemudian dia kata tak boleh. Aduh! Ci***! Dia suruh ambil beg kami dan geledah. Rosak zip utama bag Rozaili disentapnya. Dan dia mengesyaki yang kami mengedar dadah. Hapo mondo weh jang? Muka skema macam ni edar dadah? Bukannya tahu nak cari pegawai yang boleh berbahasa Inggeris ataupun Arab, tapi main macam ni je. Argh, belasah kang. Urusan di imigresen Bulgaria yang selalunya paling lama sejam telah mengambil masa 3 jam.

Kemudian, datang pramugara bas. Mamat tu boleh cakap Inggeris, Turki dan aku suspek Bulgaria sebab dia cakap lancar dengan polis tu. Pemandu bas boleh cakap Arab dan Turki. Orang Arab kot. Bila dia datang pada aku, dia tanya,"How much do you have?" beberapa kali.

Aku mamai-mamai jawab, "I do have". "But how much?" Aduh. Biar bonar? Lepas satu, satu cabaran timbul. "I will negotiate for you for student price. Do you have EUR 20?" "Yeah," serba salah. Rozaili yang dengar aku jawab macam tu terus bising-bising. Tapi, apa aku nak buat. Sudah 3 jam kami terperangkap di situ.

Kemudian, seorang demi seorang penumpang bas turun melihat situasi yang berlaku. Salah seorangnya aku panggil Abang Brad Pitt sebab muka dia lebih kurang, pakai blazer dan kemeja tak bertali leher. Aku cerita apa yang berlaku dari awal termasuk masalah kami di Greece sebelum dia berkata, "This is Bulgaria, bro!"

"This is Bulgaria"

"This is Bulgaria"

"This is Bulgaria"

Ayat tu bergema dalam telinga aku berulang kali macam dalam movie. Betul-betul punya. Bila aku naik bas, semua tanya, "How much do he takes?" bukannya "What happened?". Nampak sangat benda ni macam dah biasa. Semua orang kelihatan sudah lali dengan benda macam ni. Terus aku tak senang hati dan tak boleh tidur memikirkan masalah baru kami dan status aku sebagai pembayar cukai poket tak halal. Oh berkias gitu.

Pukul 6 pagi, kami tiba di Stesen Bas Sofia dalam kesejukan pagi musim sejuk. Kesejukan melampau dan terketar-ketar di luar setengah jam sebelum nampak bangunan yang dibuka. Kami masuk, dan.....


Bersambung ke siri yang ke-5. Huyeh!

1st sem break travelling collage



GAMBAR UPLOAD ESOK! NAK TIDUR SEKARANG NI